18 September 2013

Mesir tahan jurucakap Ikhwanul Muslimin

12 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KAHERAH 18 Sept. - Polis Mesir menahan jurucakap pergerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad, dalam satu serbuan di sebuah kediaman di daerah bandar Nasr, di sini semalam.

Menurut pihak berkuasa, bekas Gabenor wilayah Qalyoubiya, Hossan Abu Bkr antara yang ditahan bersama Gehad dalam serbuan tersebut.

Gehad dipercayai menyembunyikan diri sejak pihak berkuasa menggempur kem tunjuk perasaan di Dataran Rabaa al-Adawiya pada pertengahan bulan lalu. 

- DPA/REUTERS


No comments: