18 September 2013

Wanita terperangkap 15 hari dalam perigi

12 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
BEIJING 18 Sept. - Seorang wanita ditemukan masih hidup selepas terperangkap selama 15 hari dalam sebuah perigi terbiar dengan hanya memakan batang jagung dan minum air hujan.


Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, Su Qixiu, dipercayai terjatuh ke dalam perigi tersebut di perkampungannya di wilayah Henan selepas keluar mencari herba.


Su tidak dapat keluar daripada perigi tersebut ekoran dinding yang licin dan sempit.

Wanita berusia 38 tahun itu hanya ditemukan oleh penduduk kampung pada Isnin lalu dan dibawa ke hospital untuk rawatan. 

- REUTERS



Tiada ulasan: