26 October 2013

Al Fatihah : Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hassan


21 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,26 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Adun Temangan Allahyarham Datuk Ustaz Hassan Mohammad, yang kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua ahli gerakan Islam di mana Allahyarham sangat berjasa dalam bidang pendidikan di Kelantan.

"Sesungguhnya jasa beliau dalam memartabatkan pendidikan di negeri Kelantan adalah amat besar dengan melahirkan ribuan pelajar-pelajar aliran agama di negera kita ini.

"Marilah kita berdoa agar rohnya dihimpunkan dikalangan para salafussoleh, dan mendapat rahmat dari Allah," kata Presiden PAS itu dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Allahyarham Datuk Hassan yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hassan Kaabah meninggal dunia kira-kira jam empat pagi tadi.

Allahyarham pernah menjawat jawatan exco kerajaan Kelantan ketika hayatnya.

Jenazah Allahyarham difahamkan akan disolatkan pada jam 2 petang ini.

No comments: