21 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Lumia 2520
Nokia memperkenalkan tablet pertamanya serta telefon pintar berskrin besar sejajar aspirasi Microsoft untuk kembali menjadi peneraju dalam segmen peranti pintar global selepas mengambil alih bahagian pengeluaran telefon mudah alih syarikat Finland itu.
Tablet Lumia 2520 serta telefon pintar Lumia 1320 dan 1520 adalah antara produk terakhir yang dibangunkan Nokia sebelum memutuskan menjual bahagian pengeluaran peranti pintar kepada Mikrosoft, yang mana janji niaga itu dijangka sempurna dalam suku pertama tahun depan.
Nokia, yang sebelum ini adalah peneraju pengeluaran telefon mudah alih, lewat mengeluarkan telefon pintar sekali gus menyebabkannya ketinggalan kepada Apple dan Samsung yang kini terus menguasai telefon pintar berskrin besar yang lebih dikenali sebagai phablet.
Tablet dengan skrin 10-inci, dijangka berdepan saingan hebat daripada produk Apple yang dijangka melancarkan iPad yang lebih nipis dan laju hari ini. Phablet pula yang ditampilkan dalam skrin 6-inci, akan bersaing dengan beberapa produk sama keluaran Samsung.
Mengikut penganalisis, produk baru berkenaan yang masih akan mengekalkan jenama Nokia walaupun selepas selesai proses penjualan, didatangkan dengan tanda harga sangat rendah untuk menarik perhatian pembeli.
Model ini yang dipadankan dengan warna merah berkilat, putih, jingga dan hitam dijangka dijual pada harga dari RM1,575.
Penganalisis Peranti di Gartner, Annette Zimmermann, berkata tablet berkenaan memang cantik, justeru wajar dipertimbangkan pengguna. Bagaimanapun, dia ragu-ragu dengan usaha Nokia menceburi bidang pengeluaran tablet akan membuahkan hasil menerusi jualan tinggi.BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan