26 Oktober 2013

Gempa bumi bermagnitud 7.3 gegar Jepun, ancaman tsunami kecil dikesan

21 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 7.3 mengegarkan pantai timur Jepun sehingga mencetuskan tsunami kecil, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kerosakan, demikian menurut Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), sebentar tadi. 


Agensi Meteorologikal Jepun berkata kejadian terbabit adalah gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 9.0 sebelumnya sehingga tercetusnya tsunami pada 2011 yang mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk masalah yang melanda loji janakuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi. 


Dalam kejadian hari ini, tsunami setinggi 40 sentimeter dilaporkan di sepanjang empat kawasan pesisir pantai negara itu. 


Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan ditarik balik kurang daripada dua jam selepas gempa bumi terbabit dikesan. - AP .

Tiada ulasan: