21 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas.
"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.
Mahfuz turut membidas anak bekas Perdana Menteri itu yang diberi liputan meluas oleh media arus perdana apabila hanya turun ke pekan sehari di Bukit Besar.
"Saya nak tanya dia (Mukhriz) ikhlas ke melawat Pekan Nat (pekan sehari), masuk dalam TV3. Ikhlas ke dia pergi ke sana?
"Muhyiddin tu ikhlas ke datang Sungai Limau, hari ini dia datang sini. Kalau tidak ada PRK tidak ada mini RTC dan karnival Kerja Sungai Limau," katanya.
Menurut Mahfuz, PAS melawat bapa Jamil Khir itu kerana dia adalah ahli PAS dan banyak menyumbang kepada parti.
"Tidak salah untuk kita menziarahi orang tua yang uzur, lagipun beliau ahli PAS. Bulan Mei baru ni dia bayar yuran ahli, tak pernah 'miss'. Pergi ziarah siapa pun dan muat naik di FB ikut sukalah, tidak perlu persoalkan," katanya.
Dalam pada itu, Mahfuz sekali lagi membidas Mukhriz daripada beliau asyik mempersoalkan keikhlasan orang lain adalah lebih baik beliau membuat keputusan segera untuk mengisytiharkan cuti umum pada hari mengundi 4 November ini.
Katanya, cuti umum itu diperlukan bagi memudahkan pengundi yang berada di seluruh negeri kedah dan bekerja di luar boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa pada hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan