21 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Syed Abdullah Syed Osman , |
Nampaknya rakyat Malaysia mesti menghadapi dugaan dan terpaksa mengharungi semuanya itu jika ingin teruskan hidup. Mahu tidak mahu kena nekad menempuhnya.
Apabila kita keluar sahaja dari, rumah bermakna kita akan menghadapi berbagai risiko yang membahayakan diri.
Pertama apabila kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walaupun kita membawa kereta dengan cermat tetapi disebabkan pemandu lain yang tidak berkhemah dan tidak bertanggungjawab itu terbabas atau melanggar kereta kita – kita turut menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu apabila berlaku sesuatu kemalangan pun ada juga jenis manusia yang mengambil kesempatan yang mencuri barang berharga mangsa termasuk beg duit yang mangsa bawa bersama. Itu belum lagi adanya sindiket sengaja melanggar keenderaan dan apabila kita keluar dari kereta kita dirompak pula.
Kedua, kita berhadapan dengan risiko rompakan dan ragut barangan walaupun kita berhati-hati tetapi jenayah ini tetap berlaku. Peragut yang kejam itu akan meragut hingga tergamak menendang atau mencederakan mangsa walaupun mereka telah dapat apa yang mereka idamkan.
Ketiga, rasanya kita saperti berada didalam filem klasik 'cowboy' atau filem gengstar Mafia pula apabila sedang duduk sedap bersantai berbual dengan kawan di restoran mamak atau gerai tiba-tiba ada orang menembak ke arah kita tanpa sebab. Yang menyedihkan sasaran bukanlah kepada kita tetapi muka kita ada iras-iras yang hendak dibunuh itu oleh pembunuh umpahan maka kita jadi mangsa tanpa sebab.
Keempat, penculikan terutama sekali kanak-kanak begitu menakutkan. Jikia kita lalai sedikit ketika membawa anak-anak berjalan-jalan, bersantai atau sedang membeli belah boleh mengundangkan padah.
Kelima kecurian keenderaan terutama sekali kereta dan motosikal begitu menjadi-jadi hinggakan ada yang meletakkan keenderaan mereka di perkarangan rumah pun boleh lesap keesokan harinya.
Keenam,apabila kita keluar dari rumah kita juga terdedah dengan sindiket ilmu pukau walaupun ada yang tidak begitu percaya tetapi apabila sudah terkena barulah tersedar duit di dalam bank dan barang kemas boleh lesap kesemuanya dalam sekelip mata sahaja saperti pertunjukan silap mata pula. Apabila terkena pukau bukan sahaja barang yang hilang tetapi kalau silap haribulan maruah diri pun boleh hilang juga apabila dirogol secara 'rela paksa'.
Akhir sekali sekarang ini bukan sahaja bahang bahaya diluar rumah tetapi di dalam rumah kita sendiri pun sudah rasa tidak begitu selamat lagi apabila perompak dapat masuk ke dalam rumah dengan mengugut seisi rumah untuk menyerahkan segala barangan berharga. Ada juga perompak yang ganas mencederakan dahulu mangsa sebelum betanyakan harta benda di mana disimpankan.
Yang tidak sedapnya ialah ada pendatang asing yang datang ke negara ini semata-mata untuk berkerja sebagai peompak dan penyamun profesional dan apabila sudah cukup pendapatan rompakan mereka itu mereka akan kembali kenegara asal mereka. Mengapa mudahnya mereka masuk ke negara ini untuk merompak sedangkan di negara-negara lain tidak pula mereka berani sebegitu rupa?
Bajet Belanjawan Negara 2014 telah memperuntukkan berbilion-bilon ringgit semata-mata untuk pasukan Keselamatan bagi mengatasi jenayah yang semakin meruncingkan dinegara kita ini. Tetapi jika sekiranya jenayah masih tidak dapat ditangani dan bertambah buruk lagi sebaik-baiknya kita laksanakanlah Kanun Jenayah Syariah - kerana hanya hukum Islam sahaja yang paling tepat dan berkesan untuk mengatasi segala kemelut yang kita hadapi. Hal ini kerana Allah memberi jaminan jika kita ikut peraturan dan ajaran Islam sepenuhnya maka perlindungan Allah akan terserlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan