07 October 2013

Banjir besar Thailand ragut 34 nyawa setakat ini


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


BANGKOK - THAILAND. Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Thailand mencecah 34 orang dan bilangan mangsa yang terjejas ialah 3.09 juta daripada 932,342 keluarga.
   
Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, 38 daripada 77 wilayah di negara itu terjejas akibat banjir yang turut merosakkan tanaman di kawasan pertanian seluas 504,320 hektar.

Jabatan itu menyatakan sebanyak 225 sekolah, 399 kuil dan 57 pejabat kerajaan turut terjejas.

Sementara itu, cuaca seolah-olah menunjukkan lebih banyak kawasan akan dilanda banjir selepas Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat di beberapa wilayah.

Jabatan itu turut memberi amaran berkaitan tekanan rendah yang aktif di bahagian atas Teluk Siam berhampiran Prachuap Kiri Khan.

Angin monsun barat daya yang bertiup kencang di Laut Andaman dan Teluk Siam dijangka membawa hujan lebat mulai 6 hingga 8 Okt serta menjejaskan sembilan wilayah iaitu Rayong, Chanthaburi, Trat (bahagian timur), Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan (selatan atas), Chumphon, Ranong, Phangnga dan Phuket (selatan). - Bernama

No comments: