07 October 2013

Taufan landa timur China dengan angin kencang, hujan

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BEIJING: Taufan membadai tenggara China hari ini dengan angin kencang dan hujan lebat menyebabkan gangguan bekalan elektrik, pembatalan jadual penerbangan dan menjejaskan perkhidmatan kereta api. 


Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata, Taufan Fitow melanda bandar Fuding, wilayah Fujian dengan angin pada kelajuan sehingga 151 kilometer sejam pada awal pagi hari ini, kemudiannya berkurangan sebelum bertukar kepada ribut tropika. 


Kira-kira setengah juta orang dipindahkan dan bot nelayan diarah pulang ke pantai manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah iaitu amaran paling tinggi semalam apabila taufan terbabit melanda. - AP

No comments: