07 October 2013

Dua kejadian pengebom berani mati di Mosul


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MOSUL, Iraq 7 Okt. - Tindakan pengebom berani mati meletupkan sebuah lori yang sarat dengan bahan letupan di padang permainan sekolah rendah utara Iraq hari ini, mengakibatkan 15 terkorban dengan kebanyakan mangsa merupakan murid-murid sekolah dan seorang pengetua.

Beberapa minit sebelum kejadian tersebut, seorang lagi pengebom berani mati telah meletupkan sebuah balai polis di bandar yang sama di Tel Afar, kira-kira 70 kilometer barat laut Mosul.

Namun begitu, tiada sebarang kematian dilaporkan dalam kejadian di balai polis itu.

"Kami berhadapan dengan dua letupan besar hari ini yang telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang mati dan cedera,’’ kata Datuk Bandar Tel Afar, Abdul Al Abbas kepada Reuters. - REUTERS



No comments: