Ketua biro alam sekitar PKR Lee Chean Chung menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyiasat rancangan untuk menenggelamkan perkampungan masyarakat Penan di Sarawak sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan semasa bantahan penduduk tersebut.
Lee dalam kenyataannya berkata Suhakam harus mengadakan siasatan segera ke atas soal pelanggaran hak asasi dab sivil masyarakat Penan dalam kes tersebut.
Lee yang juga ADUN Semambu mendakwa polis bertindak dengan memihak apabila membawa senjata api ke Ulu Murum dan melepaskan tembakan amar untuk menyuraikan sekatan yang dilakukan masyarakat Penan itu.
“Polis harus menghormati dan menjaga hak sivil masyarat Penan dan mempertahankan rumah mereka,” katanya.
Lee berkata ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab ke ata tindakan kasar anggotanya termasuk penahanan pemimpin masyarakat Penan dalam perhimpunan tersebut.
Masyarakat Penan mengadakan sekatan bagi mengelakaan syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan kerja-kerja penampungan sungai, yang akan menenggelamkan sekurang-kurangnya buahy tujuh kampung.
Sekatan itu disuraikan pada hari Rabu lalu.
Mengulas lanjut, Lee berkata kerajaan Sarawak sepatutnya menghormati hak masyarakat Penan ke atas gaya hidup mereka, dan bukannya memaksa golongan tersebut menerima tindakan penempatan semula di tanah asing, yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat berkenaan.
Beliau juga mendakwa tindakan berkenaan melanggar hak asasi masyarakat Penan.
Kerajaan Sarawak menawarkan pelan penempatan semula dan pampasan kepada warga tersebut, namun sebahagian dari mereka bertegas bahawa mereka tidak akan meninggalkan tanah sedia ada.
Lee menggesa agar SEB, kerajaan Sarawak dan warga Penan yang terjejas agar membuat rundingan semula.
Malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan