30 Oktober 2013

Piala Liga Inggeris: MU, Chelsea mara ke suku akhir

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


LONDON: Cesar Azpilicueta dan Juan Mata tampil memberi laluan selesa kepada Chelsea untuk mara ke suku akhir selepas menundukkan Arsenal 2-0 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Turut mara ke pusingan suku akhir lapan pasukan ialah Manchester United yang membelasah Norwich 4-0. 


Lebih bermakna lagi, kejayaan yang dilakar anak Jose Mourinho di Stadium Emirates yang menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu merakam kehampaan. 


United pula menang bergaya di tempat sendiri di Old Trafford dengan dua gol disumbat oleh Javier Hernandez.

Satu lagi pertemuan, Fulham tewas mengejut 4-3 kepada kelab divisyen dua, Leicester. 

Stoke pula diheret ke permainan masa tambahan sebelum menundukkan Birmingham 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 4-4 pada 120 minit permainan. - AP

Tiada ulasan: