09 November 2013

Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa

5 Muharram 1435H. [MOD] -
Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa
FREDDIE Joseph, kanak-kanak 20 bulan yang dilaporkan diculik di rumahnya di Jalan Temasek, Bangsar semalam ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh orang ramai di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.20 tengah hari ini.

KUALA LUMPUR: Freddie Joseph, kanak-kanak 20 bulan yang diculik dari Bangsar semalam, telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa, 12.20 tengah hari ini.

Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa. 


Kanak-kanak itu dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak bermaya oleh orang ramai sebelum dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk ditemukan dengan ibunnya, Sarah Joseph, 39. 


Khairi berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui seorang lalaki yang kebetulan berada di taman tasik berkenaan. 

Sementara itu BERNAMA melaporkan, kanak-kanak itu ketika ditemui dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan. 
Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.

Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. 

Bernama difahamkan ibu kanak-kanak itu Sarah Joseph dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian 6.10 petang semalam, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan. 

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya. BH/-

No comments: