09 November 2013

Taufan Haiyan: Filipina kerah ribuan tentera ke zon bencana

5 Muharram 1435H. [MOD] -


Foto
IMEJ satelit menunjukkan pergerakan Taufan Haiyan yang membadai Filipina, diambil oleh Agensi Meteorologi Jepun pada jam 11.30 malam tadi. - Foto Reuters
MANILA: Ribuan anggota tentera dikerah ke kawasan terpencil bagi menjalankan kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas akibat Taufan Haiyan yang melanda Filipina sejak semalam.

Taufan paling kuat di dunia sepanjang tahun ini yang mengganas di Filipina itu menyebabkan rangkaian pengangkutan darat terjejas terus dengan penduduk dilaporkan dihanyutkan ke laut. 


Setakat in lima korban nyawa disahkan namun pihak berkuasa masih tidak mempunyai angka yang tepat berapa ramai kematian di seluruh Negara disebabkan bencana itu. 

Ini kerana kebanyakan Bandar dan perkampungan masih terputus saluran komunikasi dengan kesan kerosakan dalam jumlah yang besar.

"Kami mempunyai laporan mengenai bangunan yang tumbang, ramah yang ranap serta Tanah runtuh," kata Ketua Palang Merah Filipina, Gwendolyn Pang.

Taufan Haiyan yang membadai bahagian tengah dan selatan Filipina selama seharian semalam sebelum menghala ke Laut China Selatan ke arah Vietnam.

Palang Merah mengesahkan angka kematian setakat ini lima orang, manakala Majlis Pengurusan Bencana Negara berkata, jumlah korban empat orang dengan empat lagi masih hilang. 
Pegawai kerajaan berkata, anggota tentera dan Palang Merah diberi tugas utama untuk menghubungi atau masuk ke kawasan yang teruk terjejas di 
Leyte dan Samar, dua wilayah yang paling teruk dilanda taufan berkenaan.

Pihak tentera memulakan penerbangan pesawat C-130 yang dipenuhi bekalan bantuan ke Tacloban, iaitu ibu negeri Leyte, sejak pagi ini.

Di wilayah itu lebih 200,000 penduduk dan kawasan sekitarnya terjejas akibat taufan berkenaan.

Wartawan dari stesen televisyen tempatan, GMA melaporkan, berpuluh mayat bergelimpangan di sepanjang jalan raya serta dikumpulkan di gereja di Tacloban serta pekan Palo yang berhampiran pantai. - AFP

Tiada ulasan: