09 November 2013

Samsung terajui pasaran telefon pintar global

Samsung  terajui pasaran telefon pintar global5 Muharram 1435H. [MOD] -

Samsung terus mengatasi pesaingnya, Apple dalam pasaran telefon pintar global pada suku ketiga ketika pengeluar dari China juga turut menunjukkan kemajuan. 

Pasaran telefon pintar global menyaksikan jualan pada suku itu mencatat rekod menerusi pertumbuhan 38.8 peratus berbanding setahun lalu dengan 258.4 juta unit terjual, kata laporan IDC. 



Gergasi elektronik dari Korea Selatan itu meluaskan penguasaannya, dengan menghantar 81.2 juta telefon pintar, meningkatkan penguasaan pasarannya hampir separuh kepada 31.4 peratus. 
Apple pula menjual 33.8 juta iPhone pada suku dikaji itu tetapi pertumbuhan adalah lebih perlahan daripada keseluruhan pasaran, menyaksikan penguasaannya jatuh kepada 13.1 peratus daripada 14.4 peratus setahun lalu. 


Huawei dari China berada di tempat ketiga, oleh pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 76 peratus. Produk itu menjual 12.5 juta unit telefon pintar, menguasai 4.8 peratus pasaran, lebih sedikit daripada sebuah lagi firma China, Lenovo iaitu 4.7 peratus. 


LG jatuh ke tempat kelima berbanding ketiga sebelum ini, dengan 4.6 peratus penguasaan pasaran walaupun mencatat pertumbuhan jualan 71 peratus. BH/-

No comments: