01 December 2013

Ibrahim Ali pula jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

27 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Proses ‘membalas budi’ pentadbiran Najib terhadap individu-individu tertentu yang membantu politik BN dan Umno berterusan apabila seorang lagi tokoh kontroversi dilantik menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan institusinya.


Terbaru, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang tewas sebagai calon Bebas mesra BN di kawasan Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Laman rasmi UiTM di http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah memaparkan foto Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah namun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya.

Lembaga Pengarah UiTM dipengerusikan  Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan dianggotai  Tan Sri Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang juga Naib Canselor UiTM, Dato' Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Datuk Aishah Shaikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Datuk Prof. Dr Roziah Omar dan Dr Zahrah Mokhtar sebagai Setiausaha.

Apakah merit dan kelayakan Ibrahim untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM menjadi persoalan umum.

Bagaimanapun Ir Dr Sahol pernah mengejutkan dunia politik tanah air apabila mengumumkan sokongan terbuka UiTM kepada BN sebelum PRU13 lalu.


Harakahdaily

No comments: