02 December 2013

Iskandar ikrar PAS terus cemerlang, kukuhkan Pakatan

28 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berikrar akan meneruskan kecemerlangan PAS di negeri ini di samping berusaha mengukuhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat. 


Menurut beliau, walau siapa yang dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS tugas utama mesti meneruskan kecemerlangan PAS Selangor menambah jumlah kerusi negeri pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti. "Saya tidak dapat surat, saya tahu daripada WhatsApp dan dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden," katanya ketika ditemui di lobi Annex, SUK tengah hari tadi. 

Bagaimanapun, beliau akan menunggu surat rasmi untuk pelantikan pesuruhjaya sebelum membuat sebarang tindakan. 

Ketika ditanya mungkin melantik Timbalan Pesuruhjaya PAS di kalangan Muslimat katanya, "jika saya hendak lantik pun saya akan serahkan kepada keputusan mesyuarat PAS Selangor". 

Sementara itu, mantan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Othman menunaikan sujud syukur tiga kali selepas mendapat tahu keputusan tersebut. 

"Saya gembira. Banyak benda yang saya percaya saya boleh buat untuk tolong tapi saya tak akan tinggalkan perjuangan. Ramai orang muda dalam PAS yang pandai berucap.. saya bukan orang yang pandai berucap dalam dewan. Tapi winnable candidate, yes (calon boleh menang, ya)," katanya. 

Dr Abdul Rani Othman merupakan Adun Meru dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar manakala Iskandar A Samad adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.


Harakahdaily

No comments: