02 December 2013

Kematian Datuk Fauzi kehilangan besar kepada PAS

28 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meninggal dunia, malam tadi. 

“Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” ujarnya menerusi facebook, malam tadi. 

Bagi beliau, sesungguhnya jasa dan sumbangan Almarhum kepada PAS khususnya di dalam kempen PRU13 yang lepas sangat banyak dan hanya Allah SWT yang berhak membalas jasa-jasanya. 


“Saya menyifatkan kematian beliau sebagai satu kehilangan kepada PAS dan juga kehilangan satu lambang integriti yang begitu ulung dalam perkhidmatan polis di negara ini,” ujar beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi facebook malam tadi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Fauzi.

“Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada kita Gerakan Islam di Malaysia ini,” ujarnya.
Harakahdaily

No comments: