02 December 2013

Kes liwat: Anwar pertikai kredibiliti Shafee sebagai pendakwa

28 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kredibiliti peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes dakwaan liwat 2.


Petikaian itu ekoran pengakuan bersumpah b ekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Shafee tidak membuat laporan dakwaan rasuah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail."Bagaimana individu yang kredibilitinya seperti ini boleh simpan rahsia dan kini diamanahkan pula jadi pendakwa raya dalam kes saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalan sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Anwar, di dalam pengakuan bersumpah tersebut Shafee dikatakan mempunyai maklumat dakwaan rasuah Gani berhubung kes tuntutan Pulau Batu Putih yang menyebabkan Malaysia gagal dalam tuntutan itu.

Katanya, dalam pangakuan itu Shafee turut mendakwa terdapat sejumlah wang yang besar diberikan kepada Gani dalam akaun banknya di Hong Kong.

"Umum akan terkejut dengan jumlah wang yang ada di Hong Kong atas penglibatan Gani dalam kes Pulau Batu Putih. Sebab itu Gani diberi sambutan luar biasa dan hebat oleh pemerintan Singapura setiap kali beliau ke negara itu," katanya.

Bagaimanapun Anwar akan berbincang dengan peguamnya Karpal Singh untuk mengangkat perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menggugurkan Shafee sebagai pendakwaraya dalam kes liwat.


Harakahdaily

No comments: