22 Disember 2013

Megawalk 2.0 Kuala Lumpur Putrajaya 23-24 Feb 2014

18 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) ingin mengumumkan Megawalk 2.0 akan dianjurkan pada 23 dan 24 Februari 2014 berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

KTI dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, memandangkan memorandum yang dihantar oleh KTI ke Parlimen dan DBKL tidak disampaikan kepada Perdana Menteri, KTI memutus menganjurkan Mega Walk 2.0.

Pada 23 Februari 2014, KTI akan mengadakan Mega Perhimpunan 2.0 dan bermula jalan pada pagi ke Putrajaya.

KTI jangka perjalanan ini sepanjang 45 km dan akan sampai ke Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, pada 24hb Februari 2014. Seterusnya, KTI akan menyerah Memorandum Tak Nak Insinerator 2.0 kepada YAB Perdana Menteri. 

Sehubung dengan itu KTI ingin mengadakan ceramah-ceramah kesedaran terhadap 3R dan insinerator di kawasan Selayang, Batu, Kepong dan Segambut sepanjang bulan Disember 2013 hingga Februari 2014. Maka, KTI memanjangkan jemputan kepada wakil rakyat kawasan tersebut bekerja sama menjayakan ceramah tersebut.

Selain itu, KTI ingin memberikan maklumat terkini mengenai keburukan membina loji pembakar sampah (insinerator) berbanding dengan loji pelupusan sampah (landfill).

Daripada kajian kami, Insinerator Taman Beringin yang berkapasiti membakar 1,000 ton sampah sehari akan menghasilkan 250 ton baki habuk yang akhirnya perlu juga dihantar ke Loji Pelupusan Sampah Bukit Tagar.

Oleh itu, kos operasi insinerator terdiri daripada kos pembakaran dan kos penghantaran baki habuk ke Bukit Tagar.

Berbanding dengan pengurusan sampah sekarang yang melibat loji pelupusan sampah Bukit Tagar sahaha, insinerator akan menambahkan lagi kos pengurusan sampah.

Kiraan KTI ialah jumlah kos pengurusan melibat loji pelupusan sahaja ialah RM112.2 juta, penglibatan insinerator ialah RM137.6 juta. Pendek kata ialah kos pengurusan insinerator lebih mahal RM25.4 juta daripada pengurusan sekarang.  

Di mana DBKL dapat cari pendapatan baru untuk menanggung perbelanjaan tambahan ini? Jawapan ialah daripada kenaikan cukai pintu dan tanah. Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan telah mengakui kenaikan dadak cukai pintu Kuala Lumpur adalah berkaitan dengan pengurusan sampah pada 26 November 2013. 

Perkara
Pengurusan Sekarang
 
KL Insinerator
 
 
Kos per ton (RM)
Jumlah kos setahun  (RM)
Kos per ton (RM)
Jumlah kos setahun (RM)
Pengutipan sampah dari rumah ke Stesen Transfer Tmn Beringin (25-40km)
45
41.06 juta
45
41.06
Penyerahan dan pengangkutan sampah dari Tmn Beringin Ke Bukit Tagar
29
26.66juta
29
18.50juta
Proses pembakaran di Insinerator
  
128
46.70juta
Pelupusan di Bukit Tagar
49
44.71 juta
49
31.30juta
Jumlah
 
112.20 juta
 
137.6 juta
Kos purata per ton (RM)
123.11
 
250.80
 

Sementara itu, KTI difahamkan kapasiti maksimum Bukit Tagar boleh menampung 120 juta ton sampah. Sehingga hari ini, loji ini dipenuh dengan 1.4 juta ton sampah, masih ada 116 juta ton kapasiti kosong.

Mengikut kadar penghasilan warga-warga Kuala Lumpur sehari 2,500 ton, setahun adalah 912,500 ton. Ini bermakna loji pelupusan tersebut masih boleh beroperasi 120 tahun lagi untuk memenuhkan 116 juta ton kapasiti kosong itu. Maka tidak ada keperluan untuk membina insinerator yang mahal itu lagi.

KTI juga ingin memaklumkan pengoperasian insinerator memerlukan pakar-pakar dan pekerja-pekerja berpengalaman, dan kemalangan senang berlaku jikalau kekurangan unsur-unsur tersebut.

Sepertimana insinerator di Shanghai, China, telah meletup dan mengakibatkan kematian satu orang dan 5 orang cedera pada 5hb Disember 2013;
Insinerator di Tuas, Singapura, telah terbakar dan 3 orang mengalami cedera parah kerana kebakaran pada 8hb November 2013;
Insinerator di GuangZhou, China telah meletup dan lima orang cedera parah pada 7hb Januari 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menunjukkan dan membuktikan kerajaan tidak ada pakar-pakar secukupnya untuk mengoperasikan insinerator.

Tambahan lagi, KTI telah memerhatikan DBKL tidak dapat menyelesaikan masalah pengutipan sampah di Taman Sri Murni. KTI merekodkan kekerapan lori pengutip sampah datang dan mendapati kekerapan adalah tidak tetap dan rendah.

Yang paling mengejut ialah Syarikat Alam Flora membuangkan semua sampah-sarap merata-rata di tepi jalan MRR2, sebelah Transfer Stesen Sampah, Taman Beringin pada hari pagi ini. (Gambar bawah)

KTI difahamkan contraktor Transfer Stesen telah hilang diri dan stesen tidak berfungsi mengakibatkan pekerja-pekerja Alam Flora terpaksa membuangkan sampah di tepi jalan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Ibu Kota Malaysia - Kuala Lumpur ditengelami oleh sampah.

Jikalau perkara-perkara yang senang seperti tersebut pun tidak dapat diselesaikan, macam mana boleh mengoperasi insinerator yang dikatakan sangat canggih itu? Bolehkah pihak berkuasa menjamin pelutupan dan pembakaran tidak akan berlaku?

Tiada ulasan: