04 Disember 2013

Peluang kerja kurang akibat usia bersara meningkat

30 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan menaikkan umur persaraan dan kos operasi yang tinggi menjadi punca utama penurunan 35 peratus peluang pekerjaan di negara ini, ujar Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Shamsudin Bardan.


Kenyataan beliau yang dipetik The Edge, edisi 21 Oktober lalu turut menjadikan penurunan hasil dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sebagai faktor penyumbang.


Sejumlah 915,000 pekerja sektor swasta dikekalkan dalam perkhidmatan apabila tempoh persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun mulai 1 Julai.

Kira-kira 180,000 graduan baharu memasuki pasaran buruh setiap tahun.


Harakahdaily

Tiada ulasan: