19 Disember 2013

Tukang masak ditemui mati dengan kesan tikaman di Melaka

15 Safar 1435H. [MOD] -
MELAKA TENGAH: Seorang tukang masak ditemui mati dengan kesan tikaman di dalam bilik air rumah sewanya di Taman Kota Laksamana, Tengkera, di sini malam tadi. 

Difahamkan, mayat mangsa, Mohd Yaser Mokhtar, 31, yang hanya berseluar dalam ditemui terlentang dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat, oleh adiknya kira-kira jam 7.30 malam. 


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kejadian disedari adik mangsa yang datang ke rumah berkenaan untuk melihat keadaan lelaki itu. 

Berita harian

Tiada ulasan: