06 January 2014

14 maut dalam rempuhan masjid di China

4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

BEIJING: Seramai 14 orang maut dan 10 cedera dalam rempuhan ketika majlis di sebuah masjid di wilayah Ningxia barat laut China, lapor media tempatan hari ini. 

Rempuhan terbabit berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika makanan tradisional diagihkan kepada orang ramai menghadiri majlis bagi meraikan kematian pemimpin agama di situ. Mereka yang mengalami kecederaan dirawat di hospital termasuk empat dilaporkan kritikal. 



Penyiasatan sedang dijalankan bagi mencari punca kejadian di masjid di bandar Xiji, kira-kira 320 kilometer barat laut Xian. - AFP 

No comments: