06 Januari 2014

Sinabung meletus 30 kali sehari

4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KARO - INDONESIA. Lebih 20,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas gunung berapi Sinabung di Sumetera, Indonesia meletus tanpa henti dan terus memuntahkan abu panas sebanyak 30 kali dalam sehari sejak kelmarin.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata kepada Jakarta Post, Sinabung menghasilkan lava panas di kawasan pemindahan selain menyebabkan berlaku volkano.

"Limpahan lava gunung berapi mencecah sehingga lima kilometer di bahagian tenggara kawah dan ini merupakan limpahan paling besar pernah terjadi.

"Pihak berkuasa juga memaklumkan kepada penduduk di dalam lingkungan lima kilometer dari kawasan gunung supaya berpindah dan zon kawasan pemindahan berkemungkinan akan diperluaskan," katanya.

Tiada ulasan: