15 January 2014

Bob Lokman daei Oley, doakan kesembuhan beliau

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bekas pelawak pelakon dan komposer, Bob Lokman kini terlantar di hospital ekoran masalah paru-paru berair dan jantungnya yang lemah.

Sejak berita keadaan kesihatannya tersebar di media sosial dan juga portal berita, tidak putus-putus warga perihatin termasuk rakan dan kenalan datang mengunjungi beliau di Hospital UiTM Sungai Buloh .
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman merupakan antara artis yang melakukan hijrah dalam hidupnya.

Dari seorang artis dan selebriti, beliau berhijrah menumpukan sepenuh masa kepada kerja-kerja dakwah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menyertai PAS di pentas Himpunan 30K Pemuda PAS di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman pada tahun 2011.

Bagi anak muda, filem pendek Oley 1 dan Oley 2 terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini tentunya mengingatkan mereka kepada susuk tubuh ini.

Beliau antara pelakon dalam filem tersebut yang sering memberi sentuhan berkesan melalui kata-katanya.

Dalam pada itu, Lajnah Dakwah PAS Pusat kelmarin turut meluangkan masa mengunjungi beliau yang sedang mendapat rawatan di hospital tersebut.

Kunjungan tersebut diketuai Timbalan Pengerusi 1 lajnah itu, Nasrudin Hassan.

"Semangat perjuangannya terus kental dan meminta supaya saya mendoakannya agar beliau kembali mampu meneruskan usaha dakwahnya seperti biasa.

"Pastinya beliau memerlukan doa dari semua agar kembali sembuh seperti biasa. Saya mewakili Lajnah Dakwah mengambil kesempatan menyeru semua ummat Islam agar mendoakan kesihatan beliau.

Bagi mereka yang budiman dan ingin menyumbang untuk meringankan beban beliau boleh salurkan sumbangan anda ke akaun isteri beliau bernombor 4416206406 (Public Bank) atas nama Relawati Daud.

No comments: