15 January 2014

Seedorf Jurulatih Baharu AC Milan

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BEKAS pemain kebangsaan Belanda dan pemain tengah AC Milan, Clarence Seedorf dilantik sebagai jurulatih baharu kelab Itali itu, selepas mengumumkan persaraannya di atas padang pada Selasa.

Beliau menggantikan tempat Massimiliano Allegri yang dipecat pada Isnin lalu.

Namun, Seedorf, 37, yang tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai jurulatih memberitahu bahawa dia bersara sebagai pemain bola sepak.
Dia meninggalkan Milan untuk menyertai kelab Brazil, Botafogo pada 2012.
"Ini bukan selamat tinggal, kita akan bertemu lagi.
"Semua pengalaman yang diperoleh bersama Botafogo pada tahun ini akan membantu karier saya sebagai jurulatih Milan," katanya di Stadium Botafogo.
Ejennya, Deborah Martin berkata, Seedorf telah menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama Milan.
Seedorf berkata tidak tidak pernah terfikir untuk bersara awal tetapi enggan menolak tawaran terbaik daripada Milan yang sukar dilepaskan.
mStar

No comments: