15 January 2014

Individu dakwa dirinya Sultan Melaka direman empat hari

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Ayer Keroh: Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan membenarkan tahanan reman terhadap individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, selama empat hari sehingga 18 Januari ini bagi membantu siasatan polis. 

Perintah reman itu dikeluarkan di Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.45 pagi tadi. 

Dia ditahan polis mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 susulan lapan laporan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan dakwaannya yang meragukan sebagai Sultan Melaka. 

Dia ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin ketika mahu ke Pulau Besar pada jam 10.50 pagi semalam.


No comments: