21 Januari 2014

Remaja trauma disamun dalam bas

19 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki trauma apabila menjadi mangsa samun dua penjenayah bersenjatakan pisau pemotong daging yang menyamar sebagai penumpang sebuah bas mini dalam kejadian di Kajang baru-baru ini.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai JD Yeo, 18, berkata, ketika kejadian pada pukul 8 malam, 9 Januari lalu, dia baru lima minit menaiki bas mini tersebut dari Stesen Komuter Kajang untuk pulang ke rumahnya di Taman Reko Jaya di Kajang.

Selain JD, bas mini tersebut ketika itu turut membawa 20 penumpang lain yang terdiri daripada sepuluh penumpang lelaki termasuk dua penjenayah dan sepuluh penumpang perempuan termasuk sepasang pelancong dari Korea.

Kosmo


Tiada ulasan: