Tentera yang setia dengan Presiden Bashar Assad meledakkan bom di kubu kuat pemberontak itu sejak pertengahan Disember lalu, menyebabkan hospital dan klinik semakin sesak dengan penduduk yang cedera.
Semalam, pesawat pengebom turut mencasarkan timur Aleppo yang masih dikuasai pemberontak, menyebabkan 40 terkorban.
Serangan udara hari ini tertumpu di daerah Hanano, Qadi Askar dan Mouwasalat, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Manusia Syria.
Video amatur yang dimuat naik dalam laman online menunjukkan kemusnahan yang berlaku susulan serangan udara bersilih-ganti itu.
Satu klip video dari Hanano, menunjukkan penduduk panik menyelamatkan di diri di celah konkrit runtuhan serta sebahagian penduduk berlari di jalan raya bagi mengelak serangan bom.
Klip kedua video menunjukkan dua lelaki membungkus satu mayat dengan permaidani, manakala satu lagi mayat ditutup dengan kain selimut selepas kediaman musnah akibat dibom. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan