Pertemuan di Stadium Etihad menjadi tumpuan selepas beberapa minggu City bersaing hebat dengan Arsenal untuk menduduki tangga teratas liga.
Namun keputusan awal pagi tadi menyaksikan City kempunan tiga mata apabila pasukan pelawat memperoleh gol tunggal menerusi Branislav Ivanovic pada minit ke-32.
City sebelum ini menang semua 11 perlawanan di gelanggang sendiri musim ini dan hanya kalah kepada Bayern Munich dalam pusingan kumpulan Juara Liga Eropah.
Ia juga kali pertama City tidak mampu menyumbat sebarang gol di Etihad sejak November 2010.
City mempunyai rekod sembilan kali menang berturut-turut di Etihad namun anak buah Jose Mourinho Berjaya mencatat dua kemenangan ke atas City termasuk 201 di Stamford Bridge, Oktober lalu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan