04 February 2014

ADUN Hutan Melintang nafi keluar PKR

4 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan (Gambar) yang didakwa meletak jawatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui surat dihantar pada 2 Januari lalu menafikan perkara itu hari ini .
Beliau akan membuat sidang akhbar berhubung penafian itu dan surat dihantar kepada speaker dewan undangan negeri Perak sebelum ini. 
Beliau memberitahu surat itu adalah palsu dan tandatangan pada dokumen itu tidak sama dengan miliknya.

Dia mendakwa masih berdiri teguh di belakang PKR dalam satu sidang media di pejabatnya .


“Saya cukup terkejut dengan berita ini. Saya dah baca surat itu, ada nama dan nombor kad pengenalan saya tapi tanda tangan itu 100 peratus tidak betul. Katanya dalam sidang media itu

“Esok saya akan buat laporan polis dan kenyataan akhbar di Ipoh mengenai perkara ini,” katanya. 

Beliau tidak menafikan khabar angin itu tersebar ketika beliau sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung seminggu lagi. 

"Seminggu lagi saya nak kahwin, mungkin ada pihak nak burukkan nama saya dan imej parti,” katanya. 

No comments: