04 Februari 2014

ADUN PKR Hutan Melintang keluar parti ?

4 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -


Gempar apabila tersebar dalam banyak blog mengenai berita ADUN PKR Kawasan Hutan melintang yang juga Naib Pengerusi Keadilan Perak keluar PKR.

Saya pada mulanya mendapat pesanan dari rakan AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar yang menyiarkan surat itu dalam group whatsApp bertanyakan kesahinan surat tersebut.

Dengan cepat saya menjawab surat itu kemungkinan palsu kerana beberapa hari lepas saya menerima sms dari YB. Kesevan menjemput saya sekeluarga untuk hadir dalam majlis perkhwinannya pada 16 hb ini.

Bagi mengesahkan berita tersebut saya telah menghubungi Bekas ADUN Changkat Jong, Hj. Anuar Sudin dan beliau dengan segera mendapakan maklumat bahawa satu sidang akbar sedang berlaku di pejabat ADUN tersebut sebentar tadi.

Apapun pengesahannya berita mengenaikannya akan menyusul.

Berita dari Malaysiakini dipetik sebagai berikut:

Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti.

Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.

Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Tiada ulasan: