04 February 2014

PKR lantik Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang

4 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

PKR hari ini mengesahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, selain Khalid, parti itu juga melantik Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya, dan Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.

Perlantikan khusus itu katanya dibuat untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihanraya parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.

"InshaAllah dengan ini jentera pilihanraya KEADILAN akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia," katanya.

No comments: