11 February 2014

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

BANDARAYA GAZA: Israel melancarkan dua serangan udara ke atas Semenanjung Gaza semalam tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Serangan pertama mensasarkan kem latihan Brigade Ezzedine al-Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas, dekat kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. 


Serangan kedua dilacarkan di bahagian utara berhampiran komuniti Beit Lahiya. 


Kelmarin, seorang pejuang Palestin cedera parah dalam serangan udara Israel di kawasan tengah Gaza. 

Tentera Israel menyatakan ia mensasarkan mereka yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket. - AFP

No comments: