Perhimpunan sekumpulan NGO yang menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada poster beberapa pemimpin politik serta minggu lalu adalah ancaman kepada ketenteraman awam, kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Menurutnya, pihak berkuasa tidak bertanggungjawab seandainya tiada tindakan diambil ke atas kumpulan terbabit.
"Majlis Peguam berpandangan yang demonstrasi oleh sekumpulan NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuklah rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat - adalah satu bentuk pengapi-apian dan ancaman kepada ketenteraman awam.
"Ia sangat tidak bertanggungjawab sekiranya pihak berkuasa tak ambil sebarang tindakan tegas dan segera," katanya pada sidang media pagi tadi.
Christopher berkata tindakan pihak berkuasa yang kini seolah-olah mengheret kaki mereka untuk bertindak terhadap peserta himpunan itu, juga dilihat seolah-olah menggalakkan tindakan mereka.
"Saya percaya terdapat banyak imej (perhimpunan itu) dan ia amat mudah untuk pihak berkuasa mengenal pasti pesertanya dan bertindak," katanya.
Beliau turut "terkejut dan kecewa" dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyifatkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok sebagai bukan satu ancaman.
"Anda tak perlu menjadi ahli sains roket untuk tahu bahawa menampar orang itu adalah satu bentuk serangan dan kesalahan jenayah," katanya sambil menambah pihak berkuasa wajar bersikap adil dalam menyelesaikan masalah sedemikian.
"Majlis Peguam menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan untuk mempamerkan kepimpinan (dalam isu ini).
"Hanya menerusi kepimpinan yang adil dan saksamalah kita mempunyai harapan untuk merungkaikan ketegangan yang melanda kita ini.
"Pemimpin tidak sepatutnya - menerusi tindakan atau sikap berdiam diri mereka - turut sama menyumbang kepada ketegangan ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan