15 Oktober 2021

Disangka gas bocor, rupanya bau durian

 

CANBERRA: Seorang penyewa kedai di Canberra, Australia menghubungi anggota bomba kerana mendakwa berlaku kebocoran gas di dalam premisnya.

Pihak bomba mengarahkan orang ramai menghindari kawasan berdekatan premis tersebut sejurus tiba di lokasi.

Namun, selepas pasukan bomba tiba dan menyiasat lokasi itu, ternyata bau itu datang dari aroma buah durian.

“Selepas satu jam berada di lokasi, pemilik sewa di atas kedai memberitahu sumber yang menyebabkan bau itu merebak.

“Itu bukan kebocoran gas tetapi sebenarnya adalah bau buah durian. Buahnya mengeluarkan aroma yang sangat kuat dan boleh dihidu dalam jarak jauh,” katanya.

Individu yang tidak menyukai bau durian sering menyamakan dengan bau tidak sedap termasuk mendakwa sebagai kebocoran gas seperti dalam kes tersebut.-AGENSI

Tiada ulasan: