26 Disember 2021

Amaran hujan lebat berterusan esok

 MetMalaysia meramalkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di pantai timur Semenanjung, Johor serta di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. - Foto fail NSTP

MetMalaysia meramalkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di pantai timur Semenanjung, Johor serta di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa negeri pantai timur Semenanjung, Johor serta Sabah dan Sarawak, mulai esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, keadaan itu berikutan luruan monsun pada 27 Disember hingga 1 Januari depan.

Berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting (MMD-WRF), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), cuaca tekanan rendah diramalkan di Laut Cina Selatan yang boleh menyebabkan hujan lebat di timur Sabah pada 27 hingga 30 Disember, barat Sarawak (29-31 Disember) manakala Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan (30 Disember -1 Januari 2022).

MetMalaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir bila keadaan perlu.

BHARIAN.

Tiada ulasan: