Hulu Langat: Beberapa menteri yang bercuti di luar negara sudah pulang selepas diarahkan berbuat demikan pada Jumaat lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menteri terbabit sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan akan keluar 'turun padang' membantu mangsa banjir dalam masa terdekat.
"Ramai menteri balik dan mereka ke luar negara awal sebelum banjir. Bila suruh balik, ada dua tiga dah balik tetapi mereka kena kuarantin dulu.
"Kita tak benar keluar lagi sebab bimbang sebar penyakit dan kena patuh SOP (prosedur operasi standard), Isnin atau Selasa akan bersama dengan khalayak," katanya pada sidang media di Masjid Al Muttaqin, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, menteri yang mahu bercuti juga sudah membatalkan cuti mereka.
"Saya pun sudah ada rancangan nak ke luar negara pada 1 Januari tetapi saya batalkan dan tak jadi pergi Umrah," katanya
Pada Jumaat lalu, Ismail mengarahkan semua menteri membatalkan rancangan bercuti di luar negara bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri.
Bagi menteri yang sedang berada di luar negara pula, beliau meminta mereka pulang segera ke tanah air untuk bersama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.
HMETRO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan