PARAS rupa mumia Amenhotep I selepas ‘dibuka’ secara digital. -AGENSI
MESIR: Balutan mayat mumia Firaun Amenhotep I Mesir yang meninggal dunia sekitar 1506 sebelum Masihi (SM) ‘dibuka’ secara digital buat pertama kali.
Mumia Amenhotep I yang merupakan pemerintah kedua Dinasti ke-18 Mesir itu dipelihara dengan sangat baik kerana dihiasi kalungan bunga serta topeng muka yang dilengkapi dengan batu permata.
Penulis Kajian dan Ahli Radiologi dari Universiti Kaherah, Sahar Saleem berkata, pendedahan itu dilakukan dengan menggunakan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencipta pembinaan semula 3D lelaki di sebalik balutan tersebut.
Jelasnya, firaun yang meninggal dunia kira-kira tiga milenium lalu dianggarkan berumur 35 tahun dan sudah berkhatan serta memiliki ketinggian 173 sentimeter.
“Hakikatnya balutan mumia Amenhotep I tidak pernah dibuka pada zaman moden dan memberikan kami peluang yang unik.
“Kita bukan sahaja mengkaji bagaimana firaun itu asalnya dimumiakan dan dikebumikan, tetapi bagaimana dia dirawat dan dikebumikan semula dua kali, berabad-abad selepas kematiannya oleh Bapa Firaun Amun.
‘Dengan membuka balutan mumia secara digital dan melihat lapisan mayatnya iaitu topeng muka, pembalut dan mumia itu sendiri, kita boleh mengkaji firaun yang terpelihara dengan baik ini dan terperinci,” jelasnya.
Menurut Sahar, secara fizikalnya, Amenhotep menyerupai bapanya, Ahmose I kerana dia mempunyai dagu yang panjang, hidung yang kecil, rambut kerinting dan gigi atas yang agak menonjol.
“Kami tidak menemukan sebarang luka atau kecacatan akibat penyakit untuk mewajarkan punca kematian, kecuali banyak keratan bedah siasat yang mungkin dilakukan oleh perompak selepas pengebumian pertamanya.
UTUSAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan