30 Disember 2021

TERKINI: Kuala Krai pula dilanda banjir

 Keadaan banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai. - Foto ihsan Majlis Keselamatan Negara

Keadaan banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai. - Foto ihsan Majlis Keselamatan Negara

KOTA BHARU: Kuala Krai menjadi daerah kedua di Kelantan selepas Jeli, dilanda banjir gelombang kedua, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka mulai jam 2.30 petang ini yang setakat ini menempatkan 108 mangsa.

Difahamkan, beberapa kampung di daerah berkenaan dinaiki air termasuk Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Mengkebang dan perkampungan Lata Berangin.


Keadaan banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai. - Foto ihsan Majlis Keselamatan Negara
Keadaan banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai. - Foto ihsan Majlis Keselamatan Negara

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS berkenaan adalah Masjid Chuchuh Puteri, Madrasah Chuchuh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A.

Katanya, secara keseluruhan setakat jam 3.30 petang, seramai 809 mangsa daripada 222 keluarga yang dipindahkan di 10 PPS.

BHARIAN.

Tiada ulasan: