17 Januari 2008

Suharto Tenat : Tazkirah Kepada Pemimpin Yang Zalim.

Berita sejak dua minggu terakhir menceritakan betapa bekas Presiden Indonesia , Suharto dalam keadaan tenat. Sejak dimasukkan ke hospital pada 4 Jan lepas prestasi kesihatannya semakin menurun dan memerlukan rawatan yang rapi oleh pakar-pakar perubatan Indonesia yang terpilih.


Berita dari Utusan pada hari ini dipetik bahawa bekas Presiden Indonesia, Suharto bertambah buruk hari ini apabila pasukan doktor yang merawat beliau mendapati darahnya dijangkiti kuman dan degup jantungnya juga tidak stabil.Salah seorang daripada mereka, Dr. Joko Raharjo berkata, Suharto, 86, kini mengalami masalah serius yang dikenali sebagai sepsis melibatkan berlakunya radang seluruh badan akibat jangkitan kuman.Sepsis berisiko menyebabkan kegagalan berfungsinya organ dan seterusnya membawa maut. Masalah ini menjadi lebih rumit jika dialami golongan tua atau pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Kezaliman sepanjang pemerintahan beliau dalam orde baru sangatlah banyak dan tidak perlu kita dedahkan dalam ruangan yang sedikit ini. Cukuplah sekadar menyebut peristiwa pembunuhan umat Islam di Tanjung Reriuk, dan penghapusan etnik Aceh sangat menyentuh hati umat Islam sejagat dan yang cintakan keadilan dan kedamaian.Berita lebih lanjut layari ,

Sesungguh sesuatu yang berlaku dalam lipatan sejarah sepanjang zaman menjadi teladan dan tazkirah kepada seluruh manusia yang beriman. Lihatlah kehebatan Firaun yang ditenggelamkan Allah bersama bala tenteranya di Laut Merah. Namrud yang mengaku dirinya tuhan sebagaimana Firaun juga mati dalam keadaan digigit oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya. Dia merasa sangat sakitnya sehingga menghentak-hentak kepalanya kedinding sehingga pecah dan berdarah.

Terkini bekas Perdana Menteri Israeil Alien Sharon yang telah hampir setahun tenat dan koma di ceritakan mengalami mimpi-mimpi ngeri oleh pembantunya.

Kezaliman yang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin dalam negara kita apa kurangnya. Semuga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada meraka semua...Amien.

16 Januari 2008

1429 H / 2008 M Tahun BA

Kemajuan negara kita digambarkan kepada rakyat yang masih 'bodoh' hanyalah kerana BN yang memerintah. Kalau bukan kerana BN dan UMNO seolah-olah negara kita akan miskin dan papa kedana. Inilah "ajaran sesat" yang selama ini dicanang oleh pemimpin negara.


Beberapa hari lepas Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tegas Perdana Menteri, rakyat perlu membuat keputusan yang betul kerana pemilihan kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara. ceewaah...macam lagu boria bunyinya.

Kenyataan dari PM dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada pengaruh pembangkang yang semakin ketara setelah timbul pelbagai isue yang membuktikan kelemahan batang tubuh kerajaan yang ada sekarang.Tenatnya penyakit yang ada pada batang tubuh kerajaan seperti tenatnya Pak Harto dengan berbagai penyakit yang sedang menunggu panggilan Illahi.

Rakyat sedang menunggu jawapan disebalik skandal-skandal besar seperti kes pembunuhan Altaltuya, kes video Lingam, Hindraf, tuntutan Bersih , Yuran sekolah, kenaikan harga petrol dan barangan lain, krisis tepung gandum dan minyak masak, keselamatan anak-anak dari penculikan dan banyak lagi.

Rakyat bawahan nampaknya tidak tahan sabar untuk mengundi parti-parti alternatif untuk memimpin dan menyelamatkan negara. Setelah 50 tahun BN memerintah, pekung kelemahan nya terbuka luas dan nampaknya tidak mungkin lagi diubati.Mereka cukup faham kemajuan negara kita bukan kerana BN dan UMNO. Lihatlah negara lain seperti Jepun, Korea dan China. Tanpa UMNO dan BN mereka lebih maju dari kita. Malah jika UMNO dan BN di beri kuasa untuk memerintah negara-negara tersebut walaupun sehari, saya yakin mereka akan menjadi semakin mundur kebelakang.

Tahun baru Hijriyah 1429 dan Masehi 2008 seakan menggamit BA untuk menerajui perubahan selera rakyat kepada Sebuah KERAJAAN BARU dengan slogan yang saya cadangkan " Kerajaan yang adil dan berkebajikan".

Apa Peliknya Siti Bertudung ?

Sesungguhnya tuntutan berjilbab atau bertudung itu adalah wajib bagi setiap muslimah yang akil baligh. Tidak kita dia adalah orang kecil atau orang besar, atau orang terkenal atau tidak terkenal. Semuanya wajib bertudung.Apa peliknya kalau orang itu bertudung kerana ianya sudah tanggungjawab dan perintah Allah SWT.


Seperti kebiasaan berita manusia digigit anjing , tetapi mejadi pelik kalau anjing digigit manusia. Demikanlah tidak pelik kalau Siti sudah bertudung. Masa sekolah dulu diapun bertudung. Yang peliknya kalau Datuk K yang bertudung.

Yang peliknya ialah orang yang tidak mahu bertudung atau dalam bahasa lain engkar kepada perintah Allah SWT. Sepertinya wajibnya solat 5 waktu, kalau sudah ditunaikan itu bukan pelik tetapi yang peliknya yang tak mahu sembahyang.

Wahai pejuang Islam jangan tertipu dengan mainan isue oleh media. Tumpukan kepada yang lebih penting untuk memenangkan Islam. Sesungguhnya banyak lagi waktu yang diperlukan oleh kita untuk menang dalam PR akan datang.

Memanglah peranan media untuk mengalih kemarahan rakyat kepada isue picisan yang tidak penting. Awas jangan terpedaya.

Pesan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Md Isa ,Markaz dan jentera PR kena dihidupkan 24 jam dari sekarang . Ayuh bangunlah untuk berkerja bersungguh-sungguh.

15 Januari 2008

Tahun Baru Cina: Sekolah Cuti 6 Hari

Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa semua sekolah diberi kebenaran mendapatkan cuti tambahan pada 6, 10 dan 11 Februari ini untuk dirangkumkan dengan cuti umum Tahun Baru Cina yang disambut pada 7 dan 8 Februari.


Negeri yang hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu, sekolah boleh bercuti pada hari Rabu 6 Februari dengan mengambil cuti peristiwa dan dibenarkan mengambil cuti berganti pada Ahad 10 Februari dan Isnin 11 Februari.Namun begitu Persekolahan pada hari-hari cuti berganti itu hendaklah digantikan pada hari Sabtu 19 dan 26 Januari.

Bagi negeri-negeri yang hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad, sekolah boleh mengambil cuti peristiwa pada hari Rabu 6 Februari, sekolah terbabit juga dibenarkan mengambil cuti berganti pada Isnin 11 Februari.

China Tingkatkan Hukuman terhadap Kegiatan Naikkan Harga Barang

BEIJING 14 Jan :-Setelah mengadakan Sidang Parlimen untuk membincangkan persoalan kenaikan harga barang pada minggu lepas. Satu pengumuman mengenai hukuman lebih ketat untuk mengawal kenaikan harga barang diumumkan oleh kerajaan China.

Menurut Agensi Berita Xinhua, Perdana Menteri China Wen Jiabao menandatangani perintah Dewan Negara semalam dan mengeluarkan "Ketetapan Dewan Negara China tentang Pemindaan 'Peraturan Hukuman Tadbir terhadap Kegiatan Menaikkan Harga Barangan yang Melanggar Undang-undang Berkenaan'". Ketetapan itu telah berkuatkuasa bermula semalam.

Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semasa menjawab soalan wartawan berkata baru-baru ini, harga sesetengah barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kehidupan rakyat telah naik dengan mendadak. Kegiatan haram untuk menaikkan harga yang berlaku di sebahagian kawasan dan industri telah menganggu ekonomi pasaran.Kerajaan China memutuskan untuk meminda peraturan hukuman tersebut untuk mengenakan tindakan yang lebih berat terhadap kegiatan haram itu demi melindungi kepentingan pengguna dan pengusaha.

Kenapa Bajet 2009 Dibentang Awal ?

Pembentangan Bajet 2009 akan diadakan pada 29 Ogos ini iaitu dua bulan lebih awal berbanding amalan biasa pada Jumaat minggu terakhir bulan Oktober.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa jatuh pada awal September.




Kita tertanya-tanya kenapakah Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman begitu awal tentang tarikh bajet 2009. Ada beberapa andaian yang saya fikirkan kenapa tarikh ini diumumkan lebih awal.

Pertamanya mungkin Kerajaan sekarang seolah-olah ingin mengambarkan suasana ekonomi sekarang sangat selesa kepada rakyat. Keadaan ini adalah untuk menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan.

Keduanya dijangka ada beberapa pengumuman berikutnya yang akan didedahkan lebih awal berkaitan isi bajet yang akan dibentang kelak. Inilah bentuk gula-gula yang akan menjadi umpan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi PR ke 12 bila-bila masa dari sekarang.

Semua media akan digembeling semaksima mungkin untuk mengambarkan ekonomi yang serba baik dan bursa saham yang mencecah angka luar biasa. Tentunya dengan harapan sokongan rakyat kembali kepada BN.
Saya fikir rakyat telah kembali cerdik dalam sehari dua ini. Jika swing ini kekal dalam tempoh terdekat harapan BA untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN atau Parlimen adalah sangat cerah. Inilah yang menjadi kebimbangan BN.

Luarbiasanya pencapaian ekonomi dalam keadaan luarbiasanya tekanan kenaikan harga barang yang melangit sesuatu yang tidak masuk akal. Sebab itulah segala kemungkinan dan cara dipergunakan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Itulah cara BN "Banyak Nombor....(saja).

13 Januari 2008

Berangkat Ke China

Pada hari ini 13 Jan saya kembali ke China. InsyaAllah 18 Jan kembali ke Malaysia.


Blog ini akan tetap menemui sahabat-sahabat pengunjung yang saya akan perbaharui dari China. Selamat Berjuang.

12 Januari 2008

ADUN Tenggaroh, S. Krishnasamy Ditembak Mati

JOHOR BAHRU 11 Jan. Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy(gambar) mati ditembak dalam satu kejadian di Mersing kira-kira pukul 2.30 petang.(Terkini Utusan)

Beliau adalah seorang bekas Kontraktor meninggalkan seorang balu, Datin Sornavalli a/p Narayanan dan 4 orang anak .Jawatan dalam Parti yang disandang oleh beliau ialah Ahli Majlis Teringgi MIC Kebangsaan dan Timbalan Pengerusi, MIC Negeri Johor.



Mendiang memenagi pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 dengan mengalahkan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh dengan majoriti 7,551 undi. Pada PR umum ke 11 tahun 2004 beliau sekali berdepan dengan calon PAS yang sama dengan mendapat 10,412 undi dan calon PAS mendapat 2,125 undi.

Komposisi pengundi dikawasan ini ialah 7,269 Melayu, 7,934 Cina dan 887 India.

Hijrah

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.( Al Hijr: 49).
Tahun baru Islam, Hijriyah, mengingatkan kita pada masa hijrahnya Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah di masa masa awal dakwah Islam. Sebab, tahun Hijriyah dihitung berdasarkan tahun hijrahnya Nabi SAW.

Sebagaimana pindahnya Nabi, hijrah secara sederhana juga diartikan berpindah. Maksudnya,
berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain atau berpindah dari keburukan kepada kebaikan.
Perpindahan Rasul karena ingin menyiarkan Islam secara bebas. Makkah pada waktu itu belum bebas dalam menyebarkan Islam, karena diancam oleh musuh. Sehingga dipilihnya kota Yatsrib, yang kemudian diubah namanya menjadi Madinah sebagai tempat penyiaran agama kebenaran itu. Madinah artinya kota atau tempat yang berperadaban, di mana rakyat hidup damai, teratur, dan memahami hukum Islam.

Hari ini, 1429 H, kita telah ribuan kali berhijrah. Sepatutnya, hijrah yang sudah demikian banyak membuat kita semakin baik, semakin beradab, dan semakin memahami hukum Islam. Sayangnya, harapan itu kelihatannya belum dicapai. Bunuh membunuh makin menjadi. Benci membenci demi nafsu kekuasaan semakin menguasai diri. Sehingga timbul pertanyaan apakah kita tak pernah mengambil makna dari tahun hijriyah yang selalu kita peringati.

Selagi waktu masih ada, sepatutnya kita menyempatkan diri untuk mengambil makna sesungguhnya dari peringatan tahun hijriyah kali ini. Kita perlu meminta ampun kepada Allah atas kesalahan kesalahan selama ini, apalagi Allah Maha Pengampun.

Isue Maya Karin : Jawapan Kepada Ketua Puteri UMNO

Saya bukan lah minat sangat untuk menulis mengenai isue Maya Karin. Tetapi apa bila membaca kenyataan " bodoh " dari Ketua Puteri UMNO Malaysia Noraini Ahmad saya rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang saya rasa perlu diketahui umum.





Kedatangan Maya Karin cuma untuk menjadi ahli forum untuk mengupas persoalan profesion yang diceburinya. Kehadiran Maya Karin untuk menjadi panel forum berbeza dengan konsert yang dianjurkan oleh UMNO, jauh sekali menganggu waktu sembahyang rakyat Kelantan. Jadualnya pun tidak pada waktu sembahyang. Kehadiran lelaki dan perempuan diasingkan kerusinya. Malah lebih menarik Maya Karin bertudung dalam program tersebut.

Mungkin suatu perkara yang tidak mengejutkan rakyat kelantan kerana Maya Karin telah bergaya dalam Iklan Celcom dengan memakai tudung khusus untuk iklan Celcon di Kelantan sahaja . Jauh lebih baik dari tudung Ketua Puteri UMNO.

Maya Karin telah pun menyatakan kekesalannya apa bila kedatangannya di Kelantan telah dipolitikkan dan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kata Maya Karin sebagai dipetik dalam laporan tersebut : “Saya ke sana pun atas jemputan pihak kerajaan negeri bagi menjadi salah seorang panel bagi sesi dialog yang berjudul Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan bersama Hassan Abdul Muttalib, Mamat Khalid dan Dr. Hatta Azad Khan.

“Apabila mendapat peluang sebegini, saya merasakan ia adalah satu peluang untuk memperbaiki diri saya dalam membentangkan pendapat saya tentang dunia perfileman. Saya pernah menjadi panel sewaktu Festival Filem Malaysia Ke-20, Ogos lalu dan waktu itu, saya dapat melihat banyak kekurangan yang saya lakukan.“Jadi, apabila mendapat peluang untuk sesi dialog di Kelantan, baru-baru ini, saya mengambil peluang itu untuk memperbaiki segala kelemahan saya dan saya agak sedih apabila kunjungan saya ke sana telah dipolitikkan. Jangan salah ertikan kunjungan saya ke sana,” katanya dalam nada tegas.

Kelmarin akhbar yang sama menyiarkan kenyataan resmi dari Kerajaan Kelantan. dengan tajuk berita " Kelantan Kesal Kedatangan Maya Karin dipolitikkan".

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.
“Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar,” .

Ketua Puteri hendaklah faham kedatangan seorang artis untuk menganjurkan konsert atau membentangkan kertas kerja atau forum. Bagi kita siapapun boleh diundang untuk tujuan tersebut. Yang menjadi standard oleh UMNO dan BN dan yang kita bantah ialah penganjuran konsert yang merlampaui batas-batas keagamaan dan moral. Apalagi dengan tujuan untuk meramaikan majlis tertentu untuk menutup malu. Termasuk dalam kempen UMNO artis dijemput untuk meramaikan majlis.

Berbeza sekali kalau Kelantan mengundang artis untuk menyanyi, itupun kita ada cara tersendiri seperti dalam isue Mawi. Kita yakin Kelantan masih sama prinsip dan dasarnya dalam soal hiburan. Jangan cuba putar belit masaalah.

Perlu di ketahui oleh Ketua Puteri UMNO dan pengikutnya bahawa apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan PAS di Kelantan adalah prinsip Islam. Apakah Puteri UMNO mula takut dengan bayang-bayang sendiri, dan yang jelas nampak terdesak adalah orang-orang yang lemahnya Imannya dan berjuang atas dasar kebendaan seperti kamu.

11 Januari 2008

Renungan Hijrah

Sesungguh sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, kita mestilah sangat bersyukur dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1429. Kedatangannya sangat berarti sebagai suatu tekad untuk meningkatkan jihad dan amal soleh untuk setahun mendatang.

Semuga setahun mendatang adalah lebih baik dari setahun yang telah berlalu. Itulah tekad kita. Semarakkan roh perjuangan Islam yang mungkin tidak menyerlah sepenuhnya dalam diri anda, ayuh teruskan perjuangan suci ini.

Marilah kita merenung kepada tawaran Allah SWt dalam Surah Ash-Shaaf dibawah, mudah-mudahan memberi suatu suntikan baru untuk tahun baru Hijrah ini :-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?


تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf: 10-13 )

Ya Allah berilah taufik dan hidayah Mu kepada mereka yang masih enggan bersama kami dalam perjuangan suci ini.

Kes Culik ; Awasi Anak Anda

Kurang 24 jam selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan culik melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun semalam, pagi ini satu lagi kes serupa dilaporkan berlaku di sini.



Kali ini, mangsa, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Sebelun ini negara digegarkan dengan penculikan Adik Nurin Jazlin yang berakhir dewngan penemuan beg yang berisi mayak kanak-kanak yang malang itu. Seluruh negara bersedih dengan berita tersebut. Ada yang marah, ada yang kesal dan tidak kurang yang mempersoalkan ditahap mana keselamatan negara Malaysia yang dicintai.

Selain ini banyak kes kehilangan kanak-kanak yang berakhir dengan berita sejuk dan basi. Yang kena culik dan penculik entah ke mana. Sebagaimana kes adik Nurin cuma bekas, jejak, tanda-tanda yang ditemuai, sehingga menggunakan khidmad FBI untuk mengesan siapa pembawa beg mayat misteri itu. Kesudahannya senyap sunyi sehingga sekarang. Penculiknya masih bebas sehingga sekarang .

Sempena tahun baru Hijrah 1428 marilah kita berdoa semuga negara kita terus aman dan makmur dengan pemimpin yang mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Ya Allah lindungi anak-anak kami dari manusia-manusia yang ganas dan bersifat kebinatangan itu. Ya Allah jika sekiranya pemimpin negara yang ada sekarang telah menyalahi dan bercanggah dengan perintah Mu, tukarkan lah mereka dengan pemimpin yang lebih adil dan bertaqwa kepada Mu....aamin ya rabbul aalamin.

China Kawal Kenaikan Harga Barang

Kenaikan Harga barang di Malaysia nampaknya berada diperingkat yang sangat membebankan rakyat. namun satu langkah yang konkrit masih tidak dilakukan dengan serius oleh pihak berwajib.



Yang berlaku hanya tuduh menuduh pelbagai pihak yang tiada kesudahannya. Antaranya pengguna dan peniaga kecil yang dipersalahkan. Keadaan ini berbeza dengan negara China di mana suatu sidang khas parlimen (Dewan Negara) diadakan bagi menyelesaikan masaalah rakyat tersebut.
lANGKAH INI MENAMPAKKAN CHINA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PERMASALAHAN RAKYATNYA. iNI PERLU DICONTOHI OLEH PEMIMPIN BN DAN UMNO. Jangan asyik jaga perut dan bawah perut sahaja.

Kelmarin Perdana Menteri China Wen Jiabao memanggil suatu sidang eksekutif Dewan Negara untuk mengkaji langkah-langkah untuk menstabilkan harga barangan bertempat di Beijing.

Dalam sidang tersebut ditegaskan bahawa badan berkenaan harus mencegah pertumbuhan ekonomi daripada cepat menjadi terlampau panas, mencegah inflasi, mengawal harga barangan yang normal serta menjaga kepentingan pengguna China.

Berdasarkan tuntutan sidang tersebut, harga produk minyak, gas asli, elektrik, pengangkutan awam, bekalan kuasa pemanas, bekalan air dan lain-lain tidak boleh dinaikkan dalam masa terdekat ini. Kerajaan tempatan di seluruh China pelbagai tempat mestilah meningkatkan pengawalan terhadap harga barangan keperluan seharian serta membanteras kegiatan yang memanipulasikan dan menaikkan harga barangan di pasaran.

10 Januari 2008

Calon PAS Perlu Usaha Lebih Menangi Hati Rakyat - Husam

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Calon dan pemimpin PAS terutamanya daripada negeri-negeri yang tidak pernah memenangi sama ada dalam pilihan raya kecil mahupun umum perlu berusaha keras dalam mendekati dan memenangi hati rakyat sebelum mengimpikan kejayaan memenangi pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan dialog bersama sidang editorial Harakah di Pejabat Harakah dekat sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan sidang pengarang serta wartawan.

Husam berkata, pendekatan yang dibuat oleh beberapa pimpinan PAS Kelantan selain pendekatan beberapa pemimpin Umno disana dengan menziarahi penduduk tempatan terutamanya dalam aktiviti keagamaan perlu dilihat secara positif.

Katanya, secara amnya dengan adanya media dan segala kelengkapan kempen melalui perkakas kerajaan pemimpin Umno/BN di sana tidak perlu beruasah sedemikian rupa bagi memenangi hati rakyat.

Tetapi sebaliknya pemimpin BN yang juga selaku pembangkang di Kelantan tidak hanya mengharapkan perkakasan kempen yang sedia ada, mereka berusaha dengan keras mendekati rakyat termasuk terpaksa solat fardhu berjemaah beberapa kali di pelbagai lokasi surau di kawasan mereka, katanya.

Biarpun kadang-kadang ianya dilihat seperti satu lakonan, tetapi ianya boleh dicontohi dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya kepada pemimpin yang berada di negeri-negeri Selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, katanya.

Dalam dialog yang sama, Husam turut membincangkan secara serius mengenai peranan Harakah sebagai media pilihan raya dan berfungsi sebagai agen kepada PAS menyegarkan kempen pilihan raya dengan bahan yang menarik.

Husam antara lain mencadangkan beberapa idea baru bertujuan memantapkan Harakah sebagai organ terpenting kepada penerangan PAS selain media-media di bawah kumpulan Harakah serta method lain yang digunakan sebagai penerangan parti.

Antaranya Husam melihat peripentingnya Harakah menjadi sumber kepada pembaca, parti lawan dan akhbar lain dalam isu-isu yang membabitkan dasar parti sendiri dan pendedahan yang boleh menyedarkan rakyat.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada editorial Harakah membawa arus perubahan untuk dipersembahkan dalam pilihan raya akan datang, setidak-tidaknya Harakah sebagai media suara parti yang menyengat. - mks.-->(Sumber: Harakahdaily Wed Jan 09)

PM : Cegah Jenayah Cuma Dengan 3 Langkah?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

1. Mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.




2. Menyambung perkhidmatan secara kontrak pegawai dan anggota polis yang bakal dan telah bersara di samping penempatan kakitangan awam mengisi jawatan tertentu dalam PDRM yang sebelum ini dijalankan anggota polis seperti tugas-tugas perkeranian.

3. Menyegerakan penambahan balai polis di bandar-bandar baru termasuk menyewa bangunan kedai untuk tujuan itu bagi mengelak tempoh masa lama membina balai baru.

Langkah di atas ada kebaikan nya namun dilihat tidak dapat membenteras jenayah tanpa ada usaha secara ikhlas untuk membentuk masyarakat untuk anti jenayah dan tidak melakukan jenayah. Pintu-pintu maksiat hendaklah disempitkan dan ditutup terus. Contohilah apa yang dilakukan di Kelantan

Kebimbangan dalam batang tubuh pengawal keselamatan apabila bekas ketua polis negara Tan Sri Hanif Omar yang mengatakan 40 % pegawai atas terlibat dengan rasuah. Persoalan ini dulu yang perlu dijawab dan diperbetulkan oleh PM barulah langkah diatas berjaya dilaksanakan.