Allah maha menentukan kepada rezeki setiap makhluknya, kerana itu ada yang mendapat rezeki yang banyak dan ada yang mendapat rezeki yang sedikit malah ada yang gagal memperolihinya. Lalu terjadilah apa yang dikatakan kemiskinan. 21 Januari 2008
Saling Menghormati Yang Kaya Dengan Yang Miskin.
Allah maha menentukan kepada rezeki setiap makhluknya, kerana itu ada yang mendapat rezeki yang banyak dan ada yang mendapat rezeki yang sedikit malah ada yang gagal memperolihinya. Lalu terjadilah apa yang dikatakan kemiskinan. Siapa lobi jadi Menteri Besar Perak ?
PARIT BUNTAR 20 JAN ;- Kerusi Menteri Besar Perak hangat diperkatakan di negeri ini. Utusan hari ini turut melaporkan berita ada usaha pihak tertentu sedang melobi untuk menduduki jawatan tersebut.
Menteri Besar Perak Mohd. Tajol Rosli mendedahkan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini. Zon Utara terdiri Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut. Kata beliau walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.
Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.
Realiti ini sedang hangat diperkatakan di Parit Buntar. Dikatakan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman yang juga merupakan Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri adalah individu yang disebut oleh Menteri Besar Perak itu.
Isue ini telah kedengaran sejak tahun 2007 yang lepas. Menurut satu sumber dikatakan beliau akan bertanding di Kerusi DUN Titi Serong bagi merealisasikan hasrat tersebut. ADUN BN di Titi Serong pada masa ini ialah Abu Bakar Mat Ali, Seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kanan. Beliau memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan majoriti, 2,587 undi dalam pilihan raya umum 2004 dengan mengalah calon PAS Ahmad Azhar Sharin yang menang pada PR ke 10 tahun 1999. Kedudukannya dikatakan tergugat disebabkan tempat ini akan diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar itu.
19 Januari 2008
Menghormati Jenazah
Hadits Amir bin Rabi'ah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila kamu melihat jenazah diusung, maka berdirilah kerananya sehinggalah jenazah tersebut diusung jauh dari kamu atau sehingga jenazah tersebut diletakkan di dalam kubur. Kelaziman yang berlaku adalah disebaliknya dalam masyarakat kita pada hari ini. Bila jenazah diusung masuk kedalam mesjid ramai dikalangan hadirin yang berat untuk berdiri. Sedangkan pada suatu masa Rasulullah sedang duduk bersama sahabat yang lain menghormati jasad seorang Yahudi dengan berdiri.Apabila ditanya oleh sahabat beliau menjawab penghormatan tersebut atas dasar dia juga adalah keturunan Adam.
Persiapan Menempuh Kematian
Kematian adalah kesudahan kepada suatu kehidupan di dunia yang tidak dapat kita lari darinya. Sesudah itu roh dan jasad akan berpisah, jasad akan disemadikan menjadi makanan ulat dan cacing dan roh kita akan terus hidup untuk bertanggungjawap kepada segala amalan didunia.Najib : BN Tidak Penipu
Penipu biasanya tidak pernah mengaku dia menipu. Dan untuk mengelakkan dari dikatakan dia penipu seseorang itu akan sentiasa mempertahankan diri dengan berbagai alasan. Hari ini TPM tidak semena-mena mengatakan BN tidak penipu.Apa Sudah Jadi : Formula Satu (F 1) Di Waktu Malam
Mengulas mengenai F 1 bukan bermaksud saya meminatinya. Bila terbaca laporan akhbar bahawa ianya akan dilakukan pada malam hari saya terpanggil dan rasa bertanggung jawab untuk membuat sedikit ulasan segera.
Dilaporkan Malaysia ‘dipaksa’ Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menganjurkan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) pada waktu malam mulai tahun 2011 sebagai salah satu syarat untuk terus menjadi tuan rumah.
Berikutan arahan FIA itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bercadang untuk mencuba melangsungkan perlumbaan di waktu malam mulai tahun depan.Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan sebuah konsultan minggu depan bagi merealisasikan hasrat itu secepat yang mungkin.“Ia adalah konsultan sama yang membantu Singapura melangsungkan perlumbaan malam pada September ini.“Kita juga akan mengkaji buruk baik menganjurkan perlumbaan di waktu malam termasuk dalam soal komersial, pemasangan lampu dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran F1 Petronas GP Malaysia 2008 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Esplande KLCC di sini, malam tadi.
Mahu atau tidak F 1 sudah bertapak di negara kita sekian lama. Jika Kerajaan BA menang dalam PR akan datang kita berjanji kepada peminat F 1 untuk meneruskannya tetapi dalam bentuk baru yang lebih baik dan tidak bercanggah dengan peraturan Islam dan FIA.
Kita berharap suatu kajian langkah yang munasabah dilakukan untuk mengelakkan maksiat bertambah selama acara itu berlangsung diwaktu malam. Jika acara ini yang telah dilakukan diwaktu siang melibatkan percampuran muda muda tanpa batas, amat dibimbangi sesuatu yang lebih teruk berlaku bila acara diadakan pada waktu malam.
Kita setuju cadangan Mokhzani dalam hal menambah lampu, tetapi jangan lupa pencegah maksiat di negeri Selangor juga perlu difikirkan untuk ditambah. Kalau tidak kita takut semasa ada perlumbaan di litar, ada perlumbaan lain didalam gelap. Usaha pencegahan maksiat di Selangor nampaknya bertambah rumit dan pelbagai.
Akhlak Pendakwah
Berdakwah dijalan Allah memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Betapa banyak kisah dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Demikian juga Al Quran memaparkan kepada kisah-kisah yang pastinya menjadi teladan kepada pendakwah pada sepanjang zaman.Penyampaian dakwah hendaklah secara berhikmah. Seorang pendakwah hendaklah menaburkan bunga-bungaan dan wangian untuk semua manusia tidak mengira siapapun, walaupun jasadnya dilemparkan dengan najis dan kotoran, dicerca dan dimaki hamun namun kesabaran menjadi bekal utama. Sebab itulah Allah berfirman :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Pendakwah mestilah berwajah dengan akhlak Islam sebelum menyampaikan kepada orang lain. Sebagaimana yang ditanya kepada Isteri Baginda Rasulullah apakah akhlak baginda, iaitu "akhlak Al Quran". Mustahil dakwah kita berkesan dan diterima kalau pendakwah itu adalah seorang yang tidak boleh diteladani. Watak, wajah, pakaian, makan, minum dan sebagainya yang ada kepada pendakwah adalah "dakwah bil-hal" yang paling berkesan.
Tanggungjawab kita hanya diperintahkan untuk menyampaikan walaupun satu ayat yang kita fahami. Sesudah itu berserahlah kepada Allah untuk memberi hidayah dan petunjuk. Tidak ada sesiapapun yang mampu memberi hidayah melainkan Allahlah yang berkuasa kepada siapa ingin ditunjukiNya.
Tazkirah Jumaat : Ikhlas
Keikhlasan adalah sesuatu yang hanya terletak kepada penilaian dari Allah SWT semata-mata. Tidak ada hak dari sesiapapun dikalangan manusia untuk menentukannya. Ikhlas sangat berkait dengan hati, dan isi hati ini hanya Allah yang mengetahui.18 Januari 2008
Semua Sudah Bersedia
Pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang. Pemimpin-pemimpin pembangkang semuanya telah mengumumkan parti masing-masing sudah siap menunggu pengumuman dari PM tarikh PR Umum Ke 12.
Jentera parti telah diarahkan beroperasi 24 jam sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Presiden PAS Ust. Nasaruddin Md. Isa. Begitu juga soal pembahagian kerusi dikebanyakan negeri telahpun selesai. Contohya Pesuruhjaya PAS Perak sejak beberapa bulan lepas telah mengumumkan pembahagian kerusi dengan PKR di negeri " moh ler" telahpun selesai. Malah mengikut maklumat senarai calon-calon PAS yang akan bertanding telahpun diperturunkan kesemua Kawasan PAS di Negeri Perak.
PAS dan pakatan pembangkang kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa. Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, soal agihan kerusi bagi memastikan peluang kemenangan lebih baik kini sudah mencapai tahap 95 peratus.(kenyataan pada 19 nov 2007)
Pemuda PAS dan Muslimat PAS mengumumkan tidak gentar jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya pada bila-bila masa walaupun jangka masa kempen pendek sebaliknya mereka cukup bersedia menghadapi pilihan raya dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
Kelmarin Pak Lah mengumumkan Jentera pilihan raya UMNO di semua negeri kini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh pengerusi-pengerusi badan perhubungan UMNO negeri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu hari ini dan beliau berpuas hati.“Saya berpuas hati (dengan persiapan UMNO negeri menghadapi pilihan raya). Mereka kerja kuat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Dato Onn .
Macamlah dua pasukan yang akan bertanding dalam satu padang permainan, yang ditunggu cuma tiupan wisel dari pengadil. Kita menunggu dengan sabar dan terus berusaha dan berdoakan semuga kemenangan menyebelahi kita nanti.
Siapa Yang Ganas ?
Umat Islam perlu menentang golongan pelampau dan ektremisme dan tidak boleh membiarkan orang lain mentafsirkan siapakah mereka dan apakah pendirian mereka, kata Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata, adalah menyedihkan bahawa Islam hari ini dikaitkan dengan keganasan, mengikut perasaan dan tidak bertindak rasional, berfikiran singkat, mundur sosio ekonomi, regim berkuku besi dan berkelakuan regresif terhadap wanita.
Sebenarnya dalam negara kita siapakah yang boleh dikatakan ganas dan melampau. Siapa dahulu yang diserang dengan gas pemedih mata dan water canon, malah siapa dulu yang dipukul dan disepak terajang didalam lokap.
Keganasan kerap kali bermula bila rakyat berhimpun dengan aman dimana sahaja walaupun di mesjid dan markaz parti. Peristiwa 26 Ogos 2005 bila ceramah yang turut dihadiri oleh Presiden PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.
Peritistiwa pembunuhan Altaltuya merupakan sejarah keganasan dalam negara kita yang sangat melampau dan mengaibkan. Bukankah Najib juga dikaitkan dalam isue ini.
Jangan berucap dengan main kias-kiasan, Pelajar UIA faham benar maksud ucapan Najib . Semuanya berotak geliga sebab itulah boleh masuk UIA. Kalau tidak malu kepada pendengar malulah kepada diri sendiri dan Allah SWT yang maha tahu dosa dan kesalahan kita. Rakaman Video para Malaikat akan dtayangkan untuk membuktikan segala amalan kita nanti.
DOA..
Ya Allah jadikan kami sebagai seorang yang penyayang dan bukan nya seorang yang ganas. Ya Allah jauhkan kami dari temasuk ke dalam golongan yang menzalami orang lain, dan jauhkan kami dari menyokong para penzalim dibumi tercinta ini..amienn..
17 Januari 2008
Gadis Kedah Kalahkan Peragut , Pemuda PAS Kedah Akan Tumbangkan BN
Berita bukan sekadar berita tetapi penulis menganggap sebagai suatu suntikan semangat untuk Pemuda PAS kedah bagi membuktikan keperwiraan dan semangat jihad masing-masing. PR ke 12 yang semakin hampir menuntut tenaga semua pihak khususnya Pemuda PAS untuk bekerja lebih kuat.PM Balik Hari ini, Apa Pula Kenyataannya?
Dikatakan hari ini PM akan balik dari lawatan kerja ke Madrid. Rakyat sesungguhnya masih tertunggu-tunggu jawapan dari PM dalam berbagai isue utama negara. Dalam sidang akhbar sempena kepulangannya jika diadakan kita berharap sangat PM menjawab beberapa isue di bawah.Pakatan BA : Kenyataan Mengelabah Muhyiddin
Pakatan Pembangkang (BA) dalam menghadapi BN dalam PR ke 12 akan datang semakin membimbangkan UMNO. Terbaru kenyataan dari Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin mengambarkan BN semakin mengelabah. Amat malang kenyataannya mengambarkan sememangnya dia kurang cerdik dan ingin lari dari isue yang sebenar.PM Bantah Kenyataan Bush Iran Ganas, Tetapi Perkara disebaliknya Di Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyatakan bantahan terhadap dakwaan Presiden A.S. George W. Bush bahawa Iran merupakan negara penaja utama keganasan dunia. Suharto Tenat : Tazkirah Kepada Pemimpin Yang Zalim.
Berita sejak dua minggu terakhir menceritakan betapa bekas Presiden Indonesia , Suharto dalam keadaan tenat. Sejak dimasukkan ke hospital pada 4 Jan lepas prestasi kesihatannya semakin menurun dan memerlukan rawatan yang rapi oleh pakar-pakar perubatan Indonesia yang terpilih.