Rezeki yang dicurahkan kepada manusia dari semua sudut tersangatlah banyak. Didarat, dilautan dan dari perut bumi semuanya adalah khazamah negara yang cukup bernilai dan selayaknya memakmur semua umat manusia.03 Februari 2008
Bumi Yang Diberkati
Rezeki yang dicurahkan kepada manusia dari semua sudut tersangatlah banyak. Didarat, dilautan dan dari perut bumi semuanya adalah khazamah negara yang cukup bernilai dan selayaknya memakmur semua umat manusia.Bencana : PM China Lebih Perihatin Berbanding PM Malaysia
GUANGZHOU, 2 FEB;-Semasa Banjir besar di Johor Pak Lah bercuti di luar negara dan nampak sangat dia tidak bertanggungjawab dengan masalah rakyat di negeri Darul UMNO itu. Najiblah yang jadi pak sanggup dan bidan terjun pada masa itu. Adakah Pak Lah yang kononnya menyebut saya berdosa kalau tidak tolong orang melayu rasa tidak berdosa dengan tindakannya.Kufur Menghapus Amalan
Kufur kepada Allah berarti ingkar kepada Allah SWT. Kekufuran juga berlaku bila dia mengingkari Ayat-Ayat Al Quran samada dalam bentuk lisan dan perbuatan.Firman Allah SWT :
Penulis Terkandas di China
Cuaca Buruk sejak 50 tahun lepas yang berlaku pada tahun ini di China menimbul banyak masalah terutama ganguan kepada pergerakan rakyatnya untuk pulang menyambut Hari Raya Cina. Namun bagi kita seorang Islam, semuanya mempunyai hikmat tersendiri dari Allah SWT.Hidupkan Masjid dan Surau : Cadangan Untuk MB Negeri Sembilan
Pihak pentadbiran masjid atau surau harus berusaha menghidupkan institusi itu sebagai pusat komuniti setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti ilmu serta ekonomi dan tidak hanya sebagai tempat beribadat saja.MB Negeri Sembilan Pembohong: Pembangkang Sarat Dengan Isu
Setiap kali ingin menjelangnya Pilihanraya Umum seakan menjadi tradisi banyak isu yang memihak kepada pembangkang. Keadaan ini amat mengusarkan pihak Bn sehingga kebanyakan pemimpin BN terpaksa berbohong kepada rakyat.02 Februari 2008
Tazkirah Jumaat 2 : Sifat Pemaaf
Sifat pemaaf sangat dianjurkan oleh Allah SWT, apa lagi Allah adalah Maha Pemaaf kepada semua makhluknya. Namun begitu amat sedikit orang yang sanggup memaafkan orang lain walaupun kesalahan itu sangat kecil sekali. Memberi maaf kepada orang lain dianggap menjatuhkan martabat diri. Sedangkan Islam melihat orang yang memaafkan orang lain martabatnya lebih tinggi. Tazkirah Jumaat : Husnul Khatimah
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".(Al-Jumu`ah:08)
01 Februari 2008
Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat
Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.Cuaca Buruk :Lebih 1 Billion Terkadas di China
BEIJING, 1 FEB:- Musim sejuk di China pada tahun ini adalah yang terburuk sejak 50 tahun . Tradisi Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 7 Feb sebetulnya adalah sempena menyambut berakhirnya musim sejuk, tetapi berlainan pula untuk seluruh penduduk China pada tahun ini.
Kini bencana hujan dan salji telah melanda sebanyak lebih 10 buah provinsi dan bandar di bahagian tengah, timur dan selatan China secara besar-besaran. Bencana hujan dan salji lebat ini sudah menjejaskan kelancaran dan keselamatan pengangkutan keretapi, jalan raya dan penerbangan di pelbagai tempat di China. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengarahkan kerajaan tempatan di pelbagai peringkat supaya menjamin lalu lintas kelancaran pengangkutan dan bekalan tenaga elektrik sedaya upaya usaha dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Bencana hujan dan salji yang lebat ini berlaku menjelang Tahun Baru China iaitu perayaan tradisional paling penting di China. Kesibukan penduduk untuk pulang kekampung halaman masing-masing telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas pengangkutan awam, lebih-lebih lagi pengangkutan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baru Cina. Kini seramai lebih 1 billion orang penumpang terkandas di laluan utama dari Beijing ke Guangzhou dan Shanghai.
Manakala di Stesen Keretapi di Wilayah Guangdong sahaja dianggarkan 800 ribu penumpang terkandas kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana ganguan ribut salji dan elektrik di banyak distinasi perjalanan. Pada setiap Perayaan Tahun Baru Cina dianggarkan lebih 3 juta yang pulang beraya melalui Steysen Keretapi Guangzhou.
Bekalan tenaga elektrik bagi laluan utama keretapi di provinsi Hunan amat kekurangan akibat cuaca hujan dan salji lebat yang berterusan. Oleh sebab itu keretapi elektrik tidak boleh beroperasi.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat Stesyen Keretapi di Changsha, provinsi Hunan dan bertemu dengan para penumpang yang terkandas pada 29 Januari lalu. Beliau berkata: "Saya memohon maaf kepada saudara sekalian. Kami sedang membaik pulih arus elektrik. Sebaik sahaja ada kuasa elektrik, keretapi akan beroperasi. Kita dapat pulang ke rumah dan merayakan tahun baru. Pada kesempatan ini, saya ucapkan selamat Tahun Baru China dan terima kasih."
Wen Jiabao turut melawat Stesyen Keretapi Guangzhou. Sekarang badan yang bertanggungjawab terhadap keretapi China berusaha bersungguh-sungguh untuk membaikpulih laluan pengangkutan dari Beijing ke Guangzhou dengan secepat mungkin.
Kementerian Keretapi China mengumumkan akan menyediakan keretapi yang menggunakan bahan bakar untuk memuatkan penumpang yang terkandas. Selain itu, penumpang yang terkandas di stesyen telah dibekalkan makanan dan minuman secara percuma. Kebanyakan penumpang menyatakan rasa faham mereka terhadap situasi ini. Salah seorang penumpang di Stesyen Keretapi Guangzhou, Encik Gou Ming berkata: "Saya berasa sedikit kuatir, tetapi juga berasa senang hati kerana kerajaan Guangzhou telah membekalkan makanan kepada kami dan menyediakan tempat penginapan untuk kami."
Kini pihak berkuasa dipelbagai peringkat di kawasan sekitar jalan raya Beijing-Zhuhai telah menyediakan bantuan makanan, air minuman, selimut kepada para penumpang. Selain itu, kumpulan perubatan turut menyediakan perkhidmatan rawatan percuma serta-merta. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Hunan, Zhang Chunxian menyatakan bahawa: "Amatlah baik kalau bas dapat menghantar mereka pulang ke distinasi masing-masing. Pi;ihan lain kami akan menggunakan kereta berulang-alik untuk menghantar mereka. Kami telah menyediakan tempat yang cukup di sekolah, hospital dan hotel untuk menampung kesemua penumpang itu. Kami turut akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma."
Kementerian Hal Ehwal Awam China dan Kementeraian Kewangan China telah memperuntukkan lebih 100 juta yuan RMB kepada beberapa provinsi yang dilanda bencana itu. Peruntukan itu akan digunakan bagi menempatkan para mangsa dan menjamin keselamatan lalu lintas.
Mashitah Memang Tidak Buat Kerja
Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.800 Ribu Penumpang Keretapi Terkadas Di Guangzhou
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam keadaan hujan. 31 Januari 2008
Mangsa Ribut Dizalimi
Kedatangan Menteri Besar Perak untuk menyampaikan bantuan di kawasan yang dilanda ribut dikaitkan oleh banyak pihak ada hubungan dengan sikap perihatin PAS lebih awal yang turun kelapangan dan menghulurkan bantuan segera berupa sedikit bantuan kewangan. Paling menyedihkan bantuan yang diberikan sangat sedikit dan tidak sama, malah tidak adil.Ribut Kencang Melanda Parit Buntar
PARIT BUNTAR (27 Januari). Lebih dari 50 buah rumah mengalami kerosakan dan 10 darinya mengalami kerosakan teruk dengan hilang sebahagian besar bumbung akibat kejadian ribut kencang yang melanda kampung Titi Serong dan Parit 80L di sini semalam.Dalam kejadian yang berlaku selama 15 minit itu yang bermula pukul 4.30 petand, hujan lebat dan guruh disusuli dengan ribut yang dahsyat melanda kawasan kejadian.
Menurut En Osman, 45 tahun dari Tebuk Haji Musa, inilah pengalaman yang paling dahsyat yang pernah menimpa dirinya dan keluarga. Semasa kejadian, dia bersama-sama isteri dan tiga anaknya berada di rumah. Menurut beliau ribut yang amat dahsyat berpusing semacam puting beliung berwarna hitam kelam kelihatan sebanyak tiga kali dari arah yang berbeza.
Dia mengarahkan anak-anaknya berhimpun di ruang tamu dan melaungkan azan sekuat-kuat hati sebanyak tiga kali sehingga tidak terkeluar suara lagi. Ribut itu menimpa rumahnya dan menyebabkan bumbung berterbangan. Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa bersyukur kerana tiada yang mengalami kecederaan dalam peristiwa itu. Semasa ditemui dirumahnya, beliau bersama-sama tiga anak lelakinya sedang mengumpulkan atap zink rumah yang keseluruhanya tercampak bersama-sama dengan rasuk bumbung yang dibawa oleh angin sehingga 100m ke dalam bendang.
PAS kawasan yang diketuai oleh Timbalan Ditertua, Ust Drs. Khalil Idham Lim, melahirkan rasa simpati dan keperihatinan PAS kawasan Parit Buntar sambil menghulurkan derma bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa ribut tersebut. Turut hadir sama dalam ziarah tersebut ialah beberapa orang pimpinan muslimat kawasan yang diketuai oleh Puan Rahmah.
Ustaz Idham Lim menasihatkan penduduk yang terbabit agar bersabar di atas dugaan yang menimpa yang mana setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Menurutnya lagi bala yang diturunkan oleh Allah adalah disebabkan oleh kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh segelintir manusia sambil merujuk kepada program seperti pertandingan keraoke di pusat bandar yang heboh diperkatakan oleh masyarakat sekitar yang melibatkan anak gadis melayu berpakaian seksi dan percampuran remaja lelaki dan perempuan.
Sementara itu YDP PAS kawasan Parit Buntar, Haji Haron pula melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa ribut dan mengajak penduduk bersama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana yang menimpa. Beliau juga merayu kepada para dermawan agar dapat menghulurkan derma dan sumbangan untuk meringan kesusahan yang mereka alami.
Sumbangan derma boleh dibuat melalui Tabung Dana Prihatin Lajnah Kebajika PAS Kawasan Parit Buntar melalui akaun bernombor 0801-0000839-71-1 Bank Muamalat Malaysia Berhad di atas nama Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar.
Cerita Ribut Angin Di Parit Buntar
Pagi sabtu 26 Jan yang lepas saya keluar seawalnya sebelum subuh untuk kegiatan sebelah pagi macam biasa, Dari mesjid bergerak ke tempat kematian di Pt Hj Wahab dan dijemput dalam kenduri kesyukuran ditempat yang berdekatan.
