01 Mei 2008

Sultan Perak : Laksanakan keadilan dapat melahirkan keharmonian.

IPOH, 30 April: - DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, melaksanakan keadilan suatu tuntutan dan keadilan yang berjaya dilaksanakan dalam erti kata yang sebenarnya dapat melahirkan keharmonian sejagat.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Bangunan yang terletak ditanah seluas 3.2 hektar dan menelan belanja 33.4 juta Ringgit itu telah sempurna diresmikan dalam upucara yang dihadiri sama oleh Tuanku Bainun,YAB Menteri Besar Perak dan Isteri serta pembesar negeri yang lain.

"Ia mengiratkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan institusi undang-undang, hubungan manusia dengan negara dan hubungan manusia dengan alam," tegas baginda.

Tegas baginda, Islam adalah agama yang amat menekankan perlaksanaan keadilan secara komprehensif.

"Komponen keadilan serta aspek keadilan terkandung di dalam al-Quran dan diperjelaskan dengan Sunnah s.a.w. bahawa semua umat manusia harus diperintah serta diperlaku adil dalam setiap tindakan dan perbuatan," ujar baginda.

Seterusnya baginda mengharapkan Umat manusia diseru bertindak seadil-adilnya kepada manusia sepanjang masa, termasuk terhadap sumber alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, dan setiap sesuatu yang diamanahkan kepada manusia selaku kalifah di dunia ini.

"Para pemimpin wajib melaksanakan keadilan dan memperlihatkan keadilan benar-benar berlaku tanpa menimbulkan prasangka negatif," tambah baginda.

Selain itu baginda sangat berharap mahkamah syaiah hendaklah berupaya melaksanakan keadilan. Penghakiman hendaklah dengan data dan fakta yang shahih.

Diakhir ucapan baginda menyeru agar usaha-usaha melaksanakan undang-undang Islam difahami dan memohon dari allah memberi petunjuk dan hidayahNya.

Kesempurnaan iman.

“Ada tiga perkara yang apabila dimiliki seseorang,ia memiliki iman sempurna. iaitu memberi salam terhadap setiap orang, dan mengeluarkan infaq di jalan Allah, meskipun hanya sedikit” (HR. Imam Bukhari).



Iman yang sempurna tidak mudah dimiliki meskipun sudah memiliki gelaran Haji dan sebagainya. Tidak cukup dengan hanya ibadah wajib seperti sembahyang sehingga dapat menunaikan haji. Sebagaimana hadits di atas, dari tiga perkara yang dihuraikan Rasul SAW tentang kesempurnaan iman,salah satunya adalah memperlakukan orang lain sebagaimana kita suka diperlakukan oleh orang lain.

Hal ini memang jarang disedari kebanyakan orang.Umumnya orang ingin diperlakukan dengan baik.Namun jarang merenungi apakah selama ini ia sudah baik memperlakukan orang lain sebagaimana ia mahu diperlakukan.

Kadangkala orang hanya memperlakukan orang lain dengan baik terhadap orang-orang yang sederajat atau lebih tinggi pangkat darinya. Atau hanya baik terhadap orang yang sama atau lebih banyak hartanya darinya. Sedangkan terhadap orang miskin atau rakyat biasa, kerap dianggap hina atau tidak dilayani dengan baik dalam sesuatu urusan. Namun ia ingin diperlakukan dengan baik, seperti meminta bahagian dalam sesuatu urusan rakyat yang sudah menjadi ditugasnya.

Lebih-lebih lagi di saat ia memerlukan sesuatu, terutamanya pangkat dan jawatan. Bermacam istilah digunakan seolah-olah ingin memperlakukan rakyat jelata dengan baik,seperti “demi rakyat” dan sejenisnya. Itulah cerminan kadar keimanan kita yang sebenarnya. Maka lakukanlah yang terbaik untuk mencapai kesempurnaan iman.

30 April 2008

Kenyataan siapa yang benar ?

IPOH, 30 April :-Menteri Besar perak, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar menjelaskan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Beliau kemudian menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.

“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.

“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.

Dalam laporan utusan hari ini , tanpa menjelaskan sumber yang jelas diberitakan kononnya Jamry diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Utusan dilaporkan cuma menjelaskan "Menurut sumber kerajaan negeri" Siapakah yang didakwa sumber kerajaan negeri itu ? dan bila dia ditugaskan untuk mengeluarkan kenyataan seperti hendak menangguk diair yang keruh ?

Sebagai warga Perak yang sayangkan institusi pentadbiran agama Islam, saya sangat yakin semua rakyat akan berdiri teguh dibelakang Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat. Kalau hendak tahu siapa dia Jamry tanyalah pegawai dibawahnya? dan tahulah siapakah dia yang sebenarnya?

29 April 2008

Nassuruddin dan Zaki dilantik Speaker dan Tim. Speaker DUN Kelantan

KOTA BHARU 28 April :– Teka teki siapa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang baru akhirnya terjawab apabila bekas timbalan speaker, Mohd. Nassuruddin Daud hari ini dipilih memegang jawatan itu.

Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti dipilih menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini anggota Parlimen Kota Baharu. Beliau adalah Timbalan speaker DUN Kelantan untuk sesi yang lepas.
Pada Mac 2005 Isteri beliau , Wan Norhanita Wan Yaacob, 36 cedera parah akibat ditikam seorang remaja lelaki . Anaknya, Hannan, 4, yang turut ditikam remaja terbabit setelah memecah masuk rumah mereka di Meranti, Pasir Mas. Suspek terbabit yang dikatakan berasal dari negara jiran.

Remaja yang dipercayai penagih dadah tersebut ditahan sejurus selepas kejadian hasil bantuan penduduk kampung.

Nama Mohd. Nassuruddin telah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum bermulanya majlis angkat sumpah kesemua ADUN di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan selepas itu Setiausaha DUN, Imran Mansor mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd. Nassuruddin.

Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

27 April 2008

Jauhi dari berbohong.

Ketahuilah, wahai anakku, memindahkan batu besar lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu faham (Luqman al Hakim).

Berbohong sama dengan pengkhianatan terhadap Islam. Hal ini dapat dilihat dari kisah yang diceritakan dalam sebuah hadits. Di masa Rasulullah SAW, seorang non Muslim menjumpai Rasulullah seraya mengemukakan keinginannya menjadi Muslim. Sesudah mengucap dua kalimah syahadat, lalu beliau bertanya, Ya Rasulullah, sesungguhnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya. Lantas Rasulullah SAW bertanya, Mahukah kamu berjanji untuk tidak berbohong? Lelaki itu mengiyakan dan selanjutnya pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan pulang, orang itu mengakui dalam hatinya betapa mudah berjanji namun berat melaksanakannya. Apalagi kebiasaan lama selalu mendorongnya untuk mengulanginya. Namun hatinya bertanya. Bila berbuat jahat , apa yang harus dikatakan nantinya bila ditanya Nabi? Bila mengaku tidak berarti berbohong.Itu sama artinya dengan mengkhianati janjinya dengan Rasulullah. Sebaliknya, bila mengatakan yang sebenarnya, ia mendapat hukuman.

Lalu dia membuat keputusan, tidak mahu menjadi pengkhianat sekaligus tidak mahu menerima hukuman.Inilah yang membendung keinginannya untuk berbuat jahat. Dalam hatinya, betapa agungnya ajaranIslam.

Namun keagungan ajaran Islam tidak mahu difahami oleh sebahagian orang. Meskipun sudah diberikan kefahaman dan melihat kesan-kesannya, berbohong terus dilakukan. Inilah ciri ciri orang yang digambarkan Luqman Al Hakim di atas.

Jangan bersifat boros.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara setan, sedangkan setan adalah makhluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya” (QSal-Israa‘: 27).

Kita baru menyedari betapa pentingnya hidup berjimat ketika sumber alam yang kita miliki mulai terbatas atau sesetengahnya sudah habis. Pada hal sejak sekian lama,Islam sangat menganjurkan kita untuk hidup berjimat. Maksudnya, tidak kedekut, tidak juga membazir, baik terhadap sumber alam yang boleh diperbaharui seperti makanan dan buah-buahan. Mahupun terhadap sumber alam yang tidak boleh diperbaharui seperti air, minyak, gas dan sebagainya. Waktu yang berlalu juga pasti tidak dapat kita perbaharui.

Waktu sangat dianjurkan untuk digunakan secukupnya. Dalam suatu hadits Nabi SAW dikatakan, suatu pekerjaan yang sempat dilakukan hari ini,tidak perlu ditunda sampai esok hari. Ini menunjukkan bahawa Islam menganjurkan untuk tidak menangguhkan waktu atau berjimat dalam menggunakan waktu. Lagi pun menunggu waktu sampai esok hari adakah berarti kita yakin esok kita masih memiliki waktu yang cukup untuk bertahan hidup sampai saat itu. Padahal sempat tidaknya kita di keesokan harinya adalah rahsia Yang Maha Kuasa.

Demikian juga dengan berbagai sumber alam lain, tidak terkecuali air untuk berwudhuk untuk melakukan shalat. Tidak boleh berlebih-lebihan digunakan meskipun untuk beribadah. Dengan berhemat dalam menggunakan sumber tenaga dunia, orang lain di masa sekarang atau di masa yang akan datang akan memperoleh kesempatan untuk berkongsi menikmati berbagai rahmat dan nikmat Allah di dunia ini.

26 April 2008

Sivakumar dan Hee, Speaker dan Timbalan Speaker Perak

IPOH, 25 April :-Ahli Dewan Negeri Tronoh, YB. Encik V.Sivakumar, 38, dan Ahli Dewan Negeri Jelapang ,YB. Puan Hee Yit Fong , 45, terpilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker hari ini, ia mencatatkan satu sejarah tersendiri kerana V. Sivakumar menjadi kaum India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu manakala Hee dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker.Hee yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia empat tahun, juga menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Semua 59 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang Ke -12 yang berlangsung pada jam 3.00 petang tadi. Persidangan itu yang pertama selepas kerajaan campuran Pakatan Rakyat ditubuhkan apabila DAP memenangi 18 kerusi, PAS (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.

Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker telah dilakukan secara undi sulit. Sivakumar telah memperolihi 31 undi dan calon pembangkang, Dato Junus Wahid mendapat 28 undi. Manakala untuk Timbalan , Hee mendapat 30(setelah speaker tidak mengundi) dan Calon pembangkang mendapat 28 undi.
Pencalonan Sivakumar dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sementara pencalonan Junus dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Sebelum penangguhan dewan, speaker telah memberi ucapan sulongnya. antara kandungan ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dengan kepercayaan dipilih sebagai yang Dipertua Dewan Negeri yang ke-12.

Beliau berharap dewan akan berlangsung dalam keadaan konstruktif dan dinamik dan meminta semua ahli Yang Berhormat menghormati dewan dengan tidak menjadikan dewan tempat mengumpat.

25 April 2008

Jauhi bermegah-megah.

Bermegah-megah telah melalaikan kamu hingga kamu masuk kubur (At-Takaatsur: 1-2).

Hasrat untuk bermegah-megah dalam hidup ini dimiliki oleh kebanyakan manusia, sehingga rata-rata ingin mencubanya. Meskipun demikian, ada sebahagian kecil manusia yang berusaha mencegah diri dari memenuhi hasrat tersebut, dengan memperkuat diri dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sebab, mereka faham bahwa memenuhi hasrat hati untuk bermegah-megah boleh melalaikan dan membinasakan.

Banyaknya manusia menjadi lupa mengingat Allah adalah salah satu sebab utama bermegah-megah. Kalau sudah dihinggapi penyakit ini, manusia walaupun memiliki ilmu pengetahuan agama yang tinggi akan mudah saja menggadaikan pengetahuannya itu.

Terlupanya manusia untuk mengingat Allah ketika sudah dihinggapi penyakit bermegah-megah. Ianya boleh terjadi dengan berbagai cara. Di antara cara tersebut adalah, manusia menjadi tamak dalam mengumpulkan harta, tanpa lagi mempedulikan peraturan-peraturan Allah.

Menurut Imam al-Ghazali, seseorang yang terjebak bermegah-megah bisa menjadi syirik terhadap Allah. Alasannya, orang itu telah menjadi penyembah harta. Dan, syirik adalah dosa besar.
Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam mencari harta. Apalagi, sebanyak manapun harta yang dicari lama kelamaan akan habis dan ditinggalkan sesudah kita dipanggil Illahi, Sedangkan kita akan tetap dipertanyakan oleh Allah SWT, dari mana ? dan untuk siapa kita belanjakan harta tersebut?.

3 jam bersama 2 wartawan Guang Ming Daily.

Kelmarin 24 April, hari yang penuh berarti apabila temujanji yang sekian lama direncanakan dengan wartawan akhbar cina, Guang Ming Daily Ipoh berhasil juga akhirnya. Walaupun temujanji yang sebenarnya sekitar jam 11 pagi tetapi mereka sampai juga akhirnya di pejabat saya di Parit Buntar sekitar jam 12 tengahari.

Mungkin agak payah dan kali pertama sampai di Parit Buntar, saya dengan pemandu menjemput mereka yang menunggu saya dihadapan Bank Islam Parit Buntar. Miss. Hoo Chin Yee dan En. Liow Chien Ying yang ditugaskan khas menerumah saya untuk akhbarnya saya bawa ke pejabat Khidmat Wakil Rakyat Titi Serong yang terletak tidak berapa jauh dari Bank Islam.

Sebagaimana biasanya, saya menyiapkan teh cina yang menjadi kegemaran peribadi dan keluarga untuk dihidangkan kepada mereka. Beberapa pos yang istemewa semasa saya menyiapkan teh dari awal hingga akhir diambil gambar oleh mereka. Apa lagi antara topik dan persoalan yang difokuskan dalam pertemuan ini adalah tentang pengamalam budaya cina yang saya masih amalkan.

banyak soalan yang telah diajukan kepada CINA ISLAM dan semuanya saya sampaikan khususnya untuk menjelaskan kepada bangsa saya dan meyakinkan semua pihak bahawa saya bukannya masuk Melayu tetapi saya masuk Islam. Saya katakan orang cina perlu berbanga dengan jumlah penganut Islam di China yang dikatakan menjangkau jumlah 100 juta orang. Kemanapun kita sampai di China kita akan bertemu dengan cina Islam dan disana ada mesjid dan restoran halal.

Saya menegaskan kepada mereka bahawa sampai saat ini saya sangat berpuashati dengan usaha peribadi untuk meyakinkan semua pihak bahawa saya masih lagi berbangsa Cina, jadi saya adalah CINA ISLAM. Selain itu saya juga menjelaskan kepada mereka bahawa saya juga yakin bahawa mereka khususnya masyarakat tionghua juga telah menyakini bahawa saya adalah cina Islam. Walaupun semuanya melalui suatu proses waktu yang agak panjang tetapi saya menunggunya dengan penuh kesabaran.

Saya juga menjawab kepada mereka mengenai latarbelakang keluarga. Saya jelaskan bahawa dari 8 beradik, 3 orang dari kami memeluk agama Islam dan 5 yang lain masih beragama Buddha. banyak lagi soalan-soalan lain berkaitan dengan larat belakang keluarga, masyarakat tempat saya dibesarkan, pendidikan, keluarga dan kehidupan sebagai wakil rakyat yang baru diamanahkan.

Mengenai persoalan adakah saya masuk Islam kerana ingin khawin dengan orang Melayu, saya tegaskan bahawa saya masuk Islam setelah melalui proses pengamatan dan kajian serta membuat pilihan sendiri tanpa dipujuk dan dipaksa oleh mana-mana pihak termasuklah bukan kerana hendak khawin dengan gadis Melayu.

Setelah hampir satu jam setengah , temuramah berakhir. Pembantu saya En. Ahmad Tajuddin Hawari memberi isyarat bahawa makan tengahari telah siap dihidang untuk 2 tamu istemewa itu. Kami makan tengah hari bersama dipejabat dengan menu iastewa , kari kepala ikan.

Distinasi kami yang berikutnya ke rumah saya di Taman Wawasan. Disana saya sekali lagi menghidangkan teh cina dan benyak keping gambar diambil antaranya gambar saya berdiri disamping tulisan khat cina yang dihadiahkan oleh pensyarah saya semasa belajar diChina. Menariknya tercatat nama saya di khat tersebut.

Kebetulan kami sekeluarga berada di rumah termasuklah anak lelaki yang sulung yang belajar di maahad tahfiz Darul Furqan balik bercuti kerna demam campak. Permintaan untuk bergambar satu keluarga dapat kami penuhi dan mengembirakan mereka.

Distinasi terakhir ialah ke kedai menjual teh cina yang terletak sekitar 100 meter dari rumah kediaman saya. Kebetulan pemilik kedai merupakan kawan baik. Kami dilayan dengan dihidabkan sekitar 4 jenis teh. Kerana bergegas untuk balik ke pejabat, saya mohon untuk balik dahulu dari mereka.

Seingat saya sudah hampir semua akhbar cina telah datang menerumah ramah saya. Mereka sanggup menggunakan sehalaman penuh menceritakan mengenai CINA ISLAM. termasuk temuramah ini saya yakin adalah untuk satu muka penuh.

Cuma yang belum bertemu saya adalah akhbar-akhbar Melayu ?

Isu loncat : Kenyataan siapakah yang paling berasas ?

Barisan Nasional (BN) tidak bimbang mengenai khabar angin bahawa anggota Parlimen BN di Sabah mungkin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana didakwa Penasihatnya, Anwar Ibrahim.Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek berkata, sebaliknya, Pakatan Rakyat sepatutnya berasa bimbang dengan kemungkinan anggota Parlimen mereka menyertai BN ekoran kemarahan rakyat terhadap projek babi berteknologi tinggi RM100 juta di Selangor.

Tidak cukup dengan kenyataaan ahmad Shabery, hari ini Najib pula berkata, beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.

Kenyataan-kenyataan di atas mengambarkan isu baru ini bukan lagi andaian. Semuanya mengalihkan perhatian bhukan sahaja ke negeri bawah lindungan bayu itu. Tetapi kepada semua Ahli Parlimen. Siapa akan meloncat ?

Mesyuarat di Kuil Cina membawa seribu makna.

Malam tadi saya hadir dalam satu pertemuan dengan persatuan kuil Cina Parit Buntar di dalam bilik mesyuarat yang terletak di bahagian belakang kuil tersebut. Seawalnya sekitar jam 8.00 malam saya telah berada disana untuk membincangkn masalah satu tapak perkuburan yang sekian lama digunakan di Denisstown. Kehadiran saya bersama pembantu peribadi, En Tajuddin Hawari dan En. syamsul Md. Isa.

Ucapan awal saya dalam pertemuan itu, ialah saya rasa gembira kerana berada di dalam satu kuil di mana sebelum ini juga saya penah hadir ditempat sebegitu di Kelantan sehinggalah saya memeluk Islam 22 tahun yang lepas. Kalau dulu saya pergi ke kuil untuk sembahyang sebagai penganut Buddha tetapi sekarang saya berada di sini sebagai wakil rakyat untuk menyelesaikan masaalah kaum tionghua dan penganut Buddha.

Penjelasan juga saya berikan bahawa tidak timbul masalah perselisihan antara bangsa dan kaum kerana dalam keyakinan orang Islam asal manusia adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran. Namun kerana kedudukan pertempatan dalam keadaan geografi dan iklim yang berbeza meraka berbeza warna kulit dan sebagainya.

Saya menjelaskan di negara China terdapat sekitar 100 juta penganut Islam dari 1.3 billion jumlah keseluruhan penduduk China. Kebanyakan di Wilayah Lanzhou, Xinjiang, Xian dan semua tempat yang kita sampai di negara China pasti kita akan bertemu dengan orang Islam.

Ditegaskan juga dalam ucapan saya bahawa di negara China terdapat 56 suku dan saya adalah dari dari suku "Han" yang kebanyakan mereka telah berhijrah keluar termasuk ke Tanah Melayu suatu masa dulu. Asal orang Han adalah bukan beragama Islam. Kalau yang beragama Islam adalah bersuku" Hui" dengan nama belakangnya ditambah "Ma" . Bermaksud umat Nabi Muhammad S.a.w.

Termasuk apa yang saya jelaskan berkaitan perlaksanaan hukuman sebat oleh Maharaja Shi Huang Ti pada tahun 216 M telah melaksanakan hukum sebat/rotan seperti yang disebutkan dalam ajaran Islam kepada pesalah. Jadi tida ada alasan kaum lain takut kepada ajaran Islam dan penganutnya.

Pada pertemuan tersebut saya memberi kenyataan resmi kepada dua orang wartawan akhbar Cina yang hadir mengenai masalah parking.

"Sebagai wakil rakyat yang berada di kawasan parking di bandar Parit Buntar, saya tetap menyedari masaalah parking adalah masaalah utama yang perlu diselesaikan dan berharap semua penduduk bersabar dan bertenang sebelum keputusan resmi berkaitan parking diselesaikan. Semua keputusan akan diambil apabila kita telah meneliti segala unsur yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, perjanjian dan bidang kuasa yang diberikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya tegaskan semua keputusan yang akan diambil nanti sangat berkait rapat dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat iaitu "negeri berkebajikan". Saya yakin dengan kerjasana yang baik dari semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini"

24 April 2008

ADUN Perak angkat sumpah Jumaat ini

IPOH, 23 April - Semua 59 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dijangka mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan pada jam 3.00 petang Jumaat ini.

Persidangan itu yang pertama selepas kerajaan campuran Pakatan Rakyat ditubuhkan apabila DAP memenangi 18 kerusi, PAS (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.

Persidangan itu akan turut menyaksikan pemilihan dan upacara angkat sumpah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) serta timbalannya.

ADUN Tronoh, V. Sivakumar dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong masing-masing dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN dan Timbalan Speaker.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham pada Isnin lepas berkata, nama Sivakumar dan Hee diusulkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sekiranya Sivakumar, 38, dan Hee, 45, terpilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Jumaat ini, ia mencatatkan satu sejarah tersendiri kerana Sivakumar bakal menjadi kaum India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu manakala Hee dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker.

Hee yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia empat tahun, juga bakal menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
- Bernama

Isu Pak Lah letak jawatan : Kenapa sudah sejuk ?

Sehingga Selasa akhbar utusan masih menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Katanya, beliau patuh kepada keputusan yang diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Johor yang sebelum ini menyatakan pendirian tegas untuk terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Abdullah.

Kenyataan tersebut adalah sebagai mengulas kenyataan Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu.Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang cerdik'.

Nampaknya inilah komen-komen terakhir yang keluar diakhbar tempatan dalam isu tekanan pelbagai pihak supaya PM meletakkan jawatannya. Contohnya di Utusan pada kelmarin satupun berita berkaitan isu yang sudah lebih sebulan hangat itu tidak disiarkan dan tiba-tiba sejuk macam ais. Adakah ianya sudah diarahkan supaya semua saluran media tutup mulut? atau isu ini sudah selesai sampai disini sahaja ?

Kita tunggu dan lihat kalau-kalau akan cair kembali.....

Kah Choon : Selamat tinggal Gerakan !

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah dilaporkan berkata Gerakan patut memecat keahlian bekas Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Lee Kah Choon kerana menerima pelantikan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pimpinan Barisan Nasional (BN).



Ali Rustam menyifatkan perbuatan Kah Choon itu terutama menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang seperti hidup dua alam.''Kita tidak boleh ada orang macam ini, di darat pun dia boleh hidup, dalam air pun dia boleh hidup," katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon dalam kenyataan yang kurang bernada keras berkata Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan itu diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Jawatankuasa Kerja Gerakan Pusat untuk menerangkan mengapa beliau tidak patut dikenakan tindakan disiplin.

Menjawab kemelut yang melanda dirinya, Datuk Lee Kah Choon berkata dia bersedia dikenakan tindakan disiplin oleh parti berikutan keputusannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri yang dikuasai DAP.

Menurutnya, beliau menerima tawaran jawatan sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan investPenang dengan niat untuk memajukan ekonomi negeri.

Namun hari ini Isue tersebut berakhir sudah dengan beliau mengisytiharkan keluar daripada parti Gerakan.Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.

Sementara ini kita menjangkakan lebih ramai pemimpin BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Sikap dan pandangan Kah Choon dilihat mewakili sekelompok pemimpin BN yang merasakan BN sudah hampir "karam" dipukul "tsunami politik" tanah air yang kita sayangi, maka mereka mengambil sikap lebih baik menyelamatkan diri lebih awal.


MB Perak :Kerajaan Perak beransur pulih dan meyakinkan

IPOH , 22 April:-Setelah sekitar 36 hari Pakatan Rakyat (PR) memerintah Negeri Perak, kerajaan negeri beransur pulih dan meyakinkan pelbagai pihak , demikian antara ucapan Menteri besar perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Ramah Mesra bersama wakil-wakil rakyat PR disini malam tadi.


Majlis tersebut dihadiri oleh semua wakil rakyat PR dari ADUN dan Ahli Parlimen.


Menteri Besar Perak itu juga menyatakan bahawa kita tidak menyangka dapat memerintah Perak sebagaimana BN tidak meyangka mereka akan mengalami kekalahan. sehubungan dengan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memenagkan kesemua 31 calon dari Pakatan Rakyat.


Keyakinan rakyat tersebut tegas beliau terserlah hasil kejayaan Himpunan Rakyat yang menghimpunkan lebih 50,000 rakyat di Stadium Ipoh. Selain itu keyakinnan kepada kerajaan PR datang juga dari para pelabur dari dalam dan luar negara.


Pada majlis yang julung kali diadakan itu, MB Perak juga menjelaskan suatu pertemuan yang diadakan dengan Perdana Menteri di Putra Jaya berlangsung dalam keadaan baik dan positif.


Sambil menegaskan semua wakil rakyat PR hendaklah menyedari bahawa kita sekarang bukan lagi pembangkang tetapi adalah anggota sebuah kerajaan. Oleh itu semuanya memerlukan perubahan sikap dan pemikiran. Sebagai contoh katanya, pengurusan masa dikalangan wakil rakyat mesti tepat.


Wakil rakyat juga mesti perlu menambahkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu semuanya mesti mengurus perubahan dengan sebaik mungkin bagi memastikan negeri Perak dapat merealisasikan konsep negeri berkebajikan.