Kenaikan harga beras nampaknya mendahului isu panas dalam negara pada saat ini. kelmarin saya dikunjungi oleh seorang pengusaha kantin untuk mengadu masalah kenaikan harga barang yang "mengila" pada masa sekarang.08 Mei 2008
Apa sudah jadi ?
Kenaikan harga beras nampaknya mendahului isu panas dalam negara pada saat ini. kelmarin saya dikunjungi oleh seorang pengusaha kantin untuk mengadu masalah kenaikan harga barang yang "mengila" pada masa sekarang.Menangis.
“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (HR. Ath Thabrani).07 Mei 2008
Dua bulan telah berlalu.
Esok, 8 Mei genaplah dua bulan usia saya menjadi wakil rakyat. Terasa pantas sekali masa berlalu .Ianya pergi tanpa kita sedari melainkan kerugian yang amat besar sekiranya tidak dimanfaatkan sebaliknya beruntunglah sekiranya telah dimaksimakan pengunaannya.
Seingat saya sejak malam sesudah kemenangan, Banyak waktu digunakan untuk berulang alik ke Ipoh dalam hal perlantikan MB Perak. Allahlah yang meberikan kekuatan kepada insan kerdil ini untuk sama-sama menempuh saat getir penubuh kerajaan Barisan Rakyat yang akhirnya dikenali dengan Pakatan Rakyat.
Seperti BN yang tidak sangka akan kalah, begitulah kami tidak menyangka akan menang sehingga dapat menubuhkan kerajaan baru setelah 50 tahun.
Target pertama ialah 100 hari. Kata Tn. Hj. Mohd. Sabu semasa datang meresmikan Mesyuarat PAS Kawasan minggu lepas, "anta dapat nilai kerja-kerja awal dalam tempoh 100 hari pertama ini".
Sesudah itu bermuhasabahlah insan yang kerdil ini, sebanyak mana masa yang digunakan untuk melaksanakannya.
Tidak siapapun yang boleh mengatakan dia telah melakukan tugasnya sebelum orang memberi penilaian. Sesunggunya saya yakin Allah Maha melihat dan manusia ada sudut penilaiannya sendiri.
Ya Allah, berikanlah kekuatan jika benar telah Engkau berikan kekuatan kepadaku selama 100 hari yang berlalu itu. Seandainya jika ada kelemahan yang ada pada diri ini maka Engkau tambahkan demi untuk menguatkannya.
Genap sebulan Ir. Nizar menjadi MB Perak
Ketibaan beliau di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang disambut oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan.
Gambar kenangan di hadapan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang
Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, beliau sempat singgah sebentar di Kampung Kepayang, Simpang Pulai untuk menziarahi keluarga Allahyarham Afiq Zuhairi bin Ahmat Rozali, 18, yang meninggal dunia akibat demam panas. Afiq Zuhairi merupakan anak yang kelima daripada enam beradik dijadual mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sentosa, Chenderiang. YAB Mohammad Nizar Jamaluddin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Perak.
Sumber :http://www.perak.gov.my/bm/
Tuntutlah Ilmu.
“Dan seandainya pohon-pohon dijadikan pena dan air laut (dijadikan) tinta, ditambah tujuh laut (lagi) sesudahnya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat (ilmu dan hikmah) Allah” (QS. Luqman: 27).05 Mei 2008
Percepatkan, jangan menunda.
“Hai Ali, ada tiga perkara yang jangan kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu shalat apabila sudah tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita bila sudah ada laki-laki sepadan yang meminangnya” (HR. Imam Ahmad). Contohnya menunda shalat dengan alasan yang tidak diperbolehkan, akan menjadikan pelakunya sebagai orang-orang yang meringan-ringankan shalat. Padahal shalat adalah ibadah pokok yang pertama sekali diperiksa di Hari Akhirat kelak. Shalat juga merupakan tiangnya bagi bangunan ibadah-ibadah lain. Agar bangunan kuat tentunya memerlukan sokongan tiang-tiang yang kuat.
Selanjutnya, menunda penguburan mayat, menurut para ulama, akan menimbulkan kesengsaraan bagi si mayat. Sebab, apa yang paling diperlukan oleh setiap jasad yang sudah ditinggalkan nyawa adalah penguburan. Namun umumnya dalam masyarakat kita lebih mementingkan bermacam-macam hal-hal yang remeh tanpa memikirkan nasib mayat.
Demikian juga dengan menunda pelaksanaan perkawinan wanita, berkemungkinan menimbulkan bermacam fitnah dalam masyarakat. Apalagi bagi mereka yang tidak mampu menjaga diri. Kerana itu pernikahan adalah wajib bagi yang sudah cukup umur . Khusus bagi seorang wanita , pernikahan akan menghindarkan perkara-perkara maksiat yang lazim berlaku dalam masyarakat kita sekarang.
Sukan Olimpik Tanpa Rokok
BEIJING, 5 Mei :-Berdasarkan satu peraturan baru yang berkuatkuasa mulai 1 Mei, beberapa tempat awam di Beijing seperti stadium, tempat riadah dan tempat peninggalan sejarah telah dijadikan tempat larangan merokok. Kerajaan Beijing juga mengatur lebih 1000 orang anggota penyelia dan akan mengambil seramai 100 ribu orang sukarelawan bagi memantau pelaksanaan peraturan tersebut, agar memastikan matlamat "Sukan Olimpik tanpa Rokok" tercapai. Berdasarkan peraturan berkaitan yang dikemukakan pada tahun 1992, perbuatan menghisap rokok dilarang di beberapa tempat awam di Beijing. Menurut peraturan yang baru pula, lebih banyak tempat awam dijadikan tempat larangan merokok dan turut menetapkan pelbagai peraturan yang lebih terperinci, termasuk menetapkan tempat yang khusus untuk merokok di restoran, cafe siber dan taman serta menetapkan bilik-bilik tanpa merokok di hotel.
Peraturan larangan merokok yang baru itu mendapat sambutan baik daripada penduduk Beijing. "Saya fikir larangan merokok adalah diperlukan. Perkara ini bukan sahaja baik bagi mereka yang tidak merokok, tetapi juga bagi para perokok. Ia juga penting bagi memelihara imej Sukan Olimpik Beijing."
Menurut peraturan itu, restoran dan hotel di Beijing telah menetapkan kawasan merokok dan membuat tanda dilarang merokok di tempat yang lain.
Majikan sebuah kedai kopi, Encik Liang Jin berkata: "Kami menetapkan tempat berhampiran lif sebagai tempat merokok kerana ada tiupan angin di sana. Jadi udara dalam kedai tidak akan tercemar oleh asap rokok."
Pegawai badan kesihatan kerajaan Beijing, Encik Sun Xianli memaklumkan, sekarang lebih 1000 orang telah mengikuti kursus latihan berkenaan bagi memantau pelaksanaan peraturan yang baru itu. Selain itu, mereka juga merancang untuk mengambil 100 ribu orang sukarelawan untuk mengadakan propaganda menjauhkan merokok.
Menurut pakar berkenaan, jumlah warga yang merokok di China mencatatkan 1/4 jumlah perokok di dunia. Perkara ini menyebabkan larangan merokok sukar untuk dijalankan di semua tempat awam. Walau bagaimanapun, langkah-langkah larangan merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan mendapat sokongan yang semakin besar daripada masyarakat awam. Berdasarkan keputusan satu tinjauan pendapat baru-baru ini, lebih 80% penduduk Beijing menyokong larangan merokok dijalankan secara menyeluruh di tempat-tempat awam sempena Sukan Olimpik Beijing.
Encik Sun Xianli juga menyatakan, Beijing akan berusaha sedaya upaya bagi mewujudkan Sukan Olimpik tanpa merokok dan mendorong usaha larangan merokok mencapai kemajuan yang baru. Kata beliau: "Pada pendapat saya, Sukan Olimpik ialah satu peluang yang amat baik bagi mendorong usaha larangan merokok di Beijing. Kami perlu memanfaatkan peluang ini untuk mencapai kemajuan baru dalam usaha tersebut."
Larangan Merokok di Stadium Sukan Beijing Dilaksanakan
Suatu ketetapan baru tentang larangan merokok ditempat awam berkuatkuasa di Beijing sejak 1 Mei lepas, iaitu termasuk semua stadium sukan, stadium riadah dan unit perlindungan artifak yang terbuka.Jambatan Teluk Hangzhou Paling Panjang di Dunia Dibuka kepada Lalu Lintas
Jambatan melintasi teluk Hangzhou China, sebuah jambatan yang paling panjang di dunia pada masa sekarang dibuka kepada lalu lintas mulai Khamis, 1 Mei lepas.Upacara pembukaan jambatan itu diadakan pada pukul 3:00 petang dan dibuka kepada lalu lintas pada pukul 11:58 Malam .

Jambatan tersebut terletak dalam Provinsi Zhejiang yang ekonominya yang maju di timur China, merupakan kemudahan perhubungan lalu lintas yang penting dengan direka dan dibina oleh China sendiri. Panjangnya jambatan ini ialah 36 kilometer dengan kelajuan yang dibenarkan semasa memandu ialah 100 kilometer sejam.
04 Mei 2008
Forum Perdana mendapat sambutan hampir 3000 orang
BAGAN SERAI, 4 Mei:- Satu forum perdana sempena Program halal Fest dan sambutan Mauludul Rasul telah menarik sekitar 3000 orang pengunjung disini malam tadi. Program forum tersebut telah diadakan di Dewan orang ramai Alor Pongsu.Ahli panel forum ialah Ust. Haslin Baharin dan Ust. Ridwan Tee Abdullah dengan dipengerusikan oleh Ust. Roslan Che Ros. Hadir sama dalam forum tersebut ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Mohsin, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, YB Ab. Yunus Jamhari, ADUN Gunung Semanggol, YB Ramli Tusin dan ADUN Selingsing, YB Husin Din.
Majlis telah diresmikan oleh Pegawai Daerah Kerian. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pertandingan Marhaban sempena majlis tersebut.
Semasa mengupas soalan yang dikemukan oleh pengerusi forum, kedua-dua ahli panel mengakui inilah forum yang pertama yang dihadirinya melibatkan paling ramai Ahli Yang Berhormat. Kata Ust. Haslin, "ini adalah tanda yang positif dari pemimpin yang dipilih". Kata Ust. Riduan Tee, sebelumnya cuma seorang dua sahaja, malah ada yang tidak ada langsung YB yang hadir.
Siapa tidak faham Undang-undang : Nazri atau Nizar ?
Nazri Aziz disarankan kembali belajar ilmu perundangan Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang kelak menggambarkan kerendahan nilai beliau dan kerajaan yang berterusan mencabul demokrasi di Malaysia. Pernah Nazri memalitkan kebodohan sendiri dengan berkata seolah tidak tahu bahawa tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?Sebelum ini dalam kes yang sama beliau menunjukkan campur tangan tersebut dengan ketara apabila beliau menjawab bagi pihak Ketua Hakim Negara di atas keterlibatan Ketua Hakim Negara di dalam skandal yang didedahkan melalui rakaman video membabitkan VK Lingam.
Demikianlah Nazri yang sudah lama jadi menteri tetapi masih tidak faham undang-undang negara sendiri. Tetapi semasa balik kampung di Sauk kelmarin beliau mengulas isu di Perak.
Katanya, Mohammad Nizar baru memegang jawatan menteri besar dan mungkin masih tidak faham undang-undang serta adat istiadat negeri yang meletakkan sultan sebagai ketua agama Islam negeri.
‘‘Saya rasa dia mungkin baru. Baru menjadi menteri besar dan tidak memahami dengan adat-istiadat sehingga melakukan sesuatu tindakan tanpa mendapat perkenan sultan.
03 Mei 2008
Apa kata hati ?
Mintalah pertimbangan hatimu. Kebaikan adalah apa yang dirasakan jiwa dan hatimu tenang kerananya (HR Imam Ahmad dan Ad Darimi).Kenyataan rasmi Istana Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP
Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikeluarkan atas titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan berhubung arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan:Bahawa lantikan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan.
Bahawa urusan Agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Oleh itu pada tafsiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah, memaklumkan kepada Baginda Sultan dan juga kepada Baginda Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam, merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama.
3. Hubungan kerja yang menghormati Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang senantiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Mamanda Menteri Besar dengan pihak istana selama hari ini. Baginda Raja Muda memperingatkan bahawa hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman ini wajiblah dihormati pada setiap masa. Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Baginda Sultan dan Baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
4. Pada masa yang sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan nasihat dan pandangan Paduka Seri Sultan Perak bahawa seseorang Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada. Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
5. Adalah menjadi pegangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya Kerajaan Baginda mengamalkan dan memperlihatkan amalan yang adil dan proses keadilan itu hendaklah dipatuhi, supaya tidak ada di kalangan rakyat Baginda yang merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada mana-mana perbuatan fitnah atau penindasan daripada mana-mana pihak yang lebih berkuasa. Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu. Prinsip keadilan sejagat (natural justice) perlu dihormati, oleh itu mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan, supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan.
6. Dalam semangat yang demikian, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan kepada Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury ditarik balik. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad.
Y.D.H. Toh Raja DirajaKol. Dato’ Abd. Rahim Mohamad Nor
Setiausaha Sulit kepada
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
2 Mei 2008
Siapa yang buat kecoh, rakyat sendiri akan menilai !

Menurut beliau, rakyat benar-benar tertipu dengan tingkah laku wakil pembangkang yang membuat kecoh di Dewan yang mulia itu hingga mengubah persepsi rakyat terhadap Parlimen. Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Kementerian Penerangan meneruskan siaran langsung sidang Dewan Rakyat walaupun ia hanya memaparkan lebih banyak kekecohan. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, siaran langsung itu ada kebaikannya kerana melaluinya rakyat dapat menilai baik buruk tindakan dan peri laku wakil-wakil yang mereka pilih dan berikan kepercayaan.
‘‘Siaran langsung sidang patut diteruskan. Walaupun gelagat wakil rakyat teruk sangat, pada hari permulaan, itu mereka punya pasal.
‘‘Rakyat boleh menilai, bahawa inilah orang yang aku undi. Kalau mereka tidak berpuas hati dengan perangai mereka, undi orang lain pula,” katanya. Selain itu beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menggesa Kementerian Penerangan meneruskan slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam untuk memberi ruang kepada wakil rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Antaranya Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, slot siaran langsung itu patut diteruskan kerana rakyat boleh melihat dan menilai kebolehan setiap wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.Saya berpandangan biarlah rakyat sendiri yang menilai pihak mana yang salah dan siapa pula yang salahdan semgaja buat kecoph di Parlimen. Sepatutnya Kementerian Penerangan memikirkan lebih masa lagi diperuntukkan untuk siaran langsung itu. Waktu sejam sememangnya tidak memadai.
Yang dibimbangi ialah isu ini sengaja diperbesarkan sebagai "baling batu sembunyi tangan" bagi mencari alasan bagaimana sisran tersebut di hentikan.
Jika bayar sewa umno pun boleh guna – ADUN Titi Serong
PARIT BUNTAR, 30 April :- PAS tidak akan menghalang sesiapa sahaja yang ingin menggunakan dewan di bawah Majlis Daerah Kerian asalkan membayar sewa. PAS tidak akan mencontohi sikap umno semasa memerintah yang menghalang PAS dari menggunakan kemudahan di bawah Majlis Daerah Kerian dan kerajaan negeri. Demikian antara ucapan YB Drs Khalil Idham semasa menyampaikan ucapan aluan di Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar di sini. “ Kita guna dewan hari ini pun bukan percuma, kita bayar sewa. Dulu kita nak bayar sewa pun tidak dibenarkan. Sekarang kalau umno nak guna, gunalah tetapi sewa kena bayar sama macam PAS “ Jelas ADUN Titi Serong itu.
Drs. Khalil juga mengambil kesempatan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pemuda Kawasan, UPU dan Cawangan yang berkerja keras dalam pilihanraya yang lalu sehingga PAS berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sdr. Khairulzami Muhammad yang ditemui memberitahu semasa BN memerintah, Majlis Daerah Kerian diarahkan oleh umno untuk tidak membenarkan aktiviti PAS di premis di bawah Majlis Daerah Kerian.
“ Macam-macam alasan diberi selalunya diberitahu sudah ada orang tempah tetapi pada masa program tiada sesiapa guna pun. Sebenarnya umno yang halang “ Jelas beliau.
sumber : http://paritbuntar.pas.org.my/
