Kemelut politik yang sedang berlaku di Perak adalah amat menyedihkan. Isu yang mana pada mulanya kelihatan mudah menjadi semakin kusut dan seolah tidak menampakkan jalan keluar. Ini meletakkan pentadbiran kerajaan Perak berada dalam keadaan terumbang ambing. Ini menjejaskan kesejahteraan rakyat perak secara keseluruhannya kerana jentera kerajaan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Saya ingin mengemukakan satu cadangan untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku akibat isu politik yang semua orang telah sedia maklum dan tak payah saya ulas semula disini.
Suka ditegaskan, sebagai seorang pensyarah, cadangan penyelesaian yang saya ingin kemukakan adalah sebagai pihak ketiga yang bersikap bebas dan berkecuali tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).
Cadangan Penyelesaian
1. Pihak BN dan PR perlu mengadakan pertemuan dan membuat ikrar untuk menyelesaikan serta merungkaikan kekusutan di Perak secara rundingan.
Justifikasi
Ikrar bersama itu penting untuk merungkaikan isu dan mengembalikan kerajaan Perak ke ”Status Quo” tanpa menjejaskan mana-mana kihak.
2. Kedua pihak perlu bersetuju agar DUN Perak dibubarkan tertapi kedua-dua pihak perlu memastikan bahawa semasa penamaan calun, 28 kerusi yang dimenangi oleh BN diberikan menang percuma tanpa dicabar oleh PR. Begitu juga 28 kerusi yang dimenangi oleh PR tidak dicabar oleh BN.
Justifikasi
Melalui persetujuan sebegini kedua-dua pihak BN dan PR akan mendapat jaminan bahawa status mereka sebelum Konflik di Perak itu timbul boleh dikekalkan. Semua pihak mahu merungkaikan kekusutan yang berlaku dan ini bukannya masa yang sesuai untuk melihat pihak mana yang lebih mendapat sokongan.
3. Kedudukan tiga ADUN yang melompat perlu kosongkan dan BN perlu pastikan agar kerusi tersebut diserahkan kepada PR tanpa perlu ditandingi.
Justifikasi
Kadangkala keputusah politik yang kita ambil menimbulkan keadaan buntu. Bila itu berlaku kita perlu kembali kepangkal agar masaalah tersebut dapat diselesaikan.
Tiga langkah di atas hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak mempunyai Iltizam untuk menyelesaikan masaalah dan dalam waktu yang sama dapat menjaga airmuka semua pihak.
Perlu diingat disini bukan kita ingin mencari siapa yang betul atau siapa yang salah, tertapi kita hanya ingin merungkaikan masalah .
Ular menyusur akar tidak akan hilang belangnya.
Mana-mana pihak yang mengalah tidak bermakna ia kalah.
Apabila perlu menarik rambut dalam tepong. Yang penting rambut dapat ditarik tertapi tepong tidak tumpah.
Didalam mana-mana perundingan perlu diutamakan ”situasi menang-menang”. Satu pihak diberikan kuasa memerintah dan sebelah pihak lagi dapat menjaga air muka dan menggunakan ruang yang ada untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
Penyelesaian yang dicadangkan diatas, boleh mengembalikan keharmonian didalam DUN Perak.
Sekian
Mohd Nizam Bin Hj Badaruddin
sahaniza@oum.edu.my




