18 Februari 2010

Kenapa isu perarakan Maulidurrasul menjadi besar ?

3 Rabiul Awal 1431H,
Ahmad Baei Jaafar

Saya hairan apabila sehari dua ini keluar berita Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Yang peliknya berita itu dikeluarkan oleh orang luar dari Pulau Pinang. Apalah besarnya berita ini sehingga dibesarkan begitu dalam media perdana. Dan hari ini pula saya terbaca daripada laman facebook yang mengatakan Kelantan tidak akan mengadakan sebarang betuk sambutan Maulidurrasul.

Kalau betul pun berita itu apalah faedahnya kepada orang yang bukan dari kedua-dua negeri tersebut. Kalau berita itu boleh menguntungkan orang politik tertentu, tidak langsung memberi kesan kepada penduduk dua negeri tersebut, tetapi sebaliknya mereka yang mencetuskan itu beroleh dosa. Mereka berdosa kerana menyebarkan berita sia-sia apatah lagi boleh mencetuskan kemarahan pihak lain.

Saya bimbang gejala penyebaran ini menjadi budaya sebati dalam kalangan orang Melayu. Mengapakah orang Melayu boleh jadi seburuk itu walaupun pelbagai bala bencana sudah Allah tunjukkan di negara kita. Mengapa kita tidak boleh infas dan bertaubat serta kembali kepada hidup bermaufakat. Apakah mereka amat gemar kepada dosa dan bencikan pahala?

Mengapa dibesarkan soal perarakan Maulidurrasul, apakah jatuh maruah Islam kalau tidak dilakukan perarakan? Kalau benar begitu, bagaimana halnya di kampung-kampung yang mereka tidak mengadakan perarakan, adakah mereka tidak cintakan Rasulullah. Cinta Islam dan Rasulullah bukan dengan majlis begitu sahaja. Malah yang paling penting mereka mengamalkan ajaran Rasulullah dan meninggalkan larangannya.

Saya selepas mendengar khabar buruk itu, cuba merujuk ke laman web Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan didapati tidak ada pembatalan pula. Kalaupun ada surat arahan pembatakan daripada Kerajaan Negeri mustahil JAIPP tidak terima. Kalau sudah terima mengapa tidak dibuat pembatalan pada laman webnya.

Kalaupun kerajaan Pulau Pinang membatalkannya kerana maslahan tertentu tidak mengapa kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia pernah pada satu tahun membatalkan aktiviti perarakan Maulidurrasul. Kalau dibatalkan perarakan, tidak bermakna mengharamkan majlis Maulidurrasul. Tapi kalau dibatalkan majlis itu di peringkat negeri, masih tidak mengapa kerana majlis itupun tidak memberi impak yang besar kepada Islam.

Barangkali inilah yang berlaku di Kelantan, kalau benarlah tidak diadakan sebarang majlis sambutan Maulidurrasul, tidak menjadi apa-apa masalah kerana kerajaan hanya tidak mahu mengadakan majlis pada peringkat kerajaan. Hal ini kerana menggunakan wang kerajaan mesti pada yang berfaedah untuk rakyat dan Islam.

Saya percaya kalaulah benar berita itu, kerajaan tidak menghalang rakyatnya mengadakan majlis sambutan di peringkat daerah dan kampung. Sambutan di peringkat kampung lebih meriah kerana boleh diadakan bila-bila masa sepanjang bulan.

Sudah sampai masanya umat Islam berfikiran positif dalam semua yang berlaku di sekeliling kita. Carikan kebaikan ajaran Islam untuk kebaikan umat Islam dan manusia seluruhnya. Hapuskan usaha membuat fitnah dan cakap-cakap yang tidak berfaedah untuk kepentingan diri dan politik sempit.

17 Februari 2010

Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta!!

3 Rabiul Awal 1431H.
Email : Amin Fadzlan

Budaya org melayu..!!

Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..! !!
Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam memasang tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin kenderaan mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang. Persoalannya di sini ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam?

Apa yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan menjadi ikutan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat suci al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?

Hasil pemerhatian saya kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat suci al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas terik matahari.Nampaknya , ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak dihayati dan dipelajari maksudnya.

Ada ayat al-Quran yang dipasang berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan akhlak orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej Islam di mata masyarakat sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk bertanyakan persoalan ini kepada pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman web www.islam.gov. my dan ini adalah jawapan yang telah diberikan mengenai amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.

Jawapan tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang tinggi kedudukannya sebagai penghormatan kepada kalamullah'' .Oleh itu berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah, ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan ajarannya serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa dan hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan seumpamanya.

Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati dan merealisasikan tuntutan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan bahan pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan sebagai azimat atau tangkal untuk melariskan jualan dan sebagainya.

Ayat- al-Quran yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41 dan 174, Ali Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra'ayat 82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan (diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang bermaksud: Al-Quran adalah merupakan pengubatan (hati) kepada manusia dan membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan dipermainkan.

Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya pada cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam yang sejati

A ONE CAR CARRIER SERVICES
http://www.rozahan77.blogspot.com
http://www.rawatankampung.blogspot.com
http://www.makananlintah.blogspot.com
http://minyakpelincirtitan.blogspot.com

Menghayati semangat tulen konsep PR...

3 Rabiul Awal 1431H.
Li Fook Gao

Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang tetiba bangun daripada tidur untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia - “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”

Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata, “Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

----------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid mengharapkan Tahun Harimau ini menjadi tahun perkahwinan Pakatan Rakyat…. janganlah “bersekedudukan” lagi……

Adik PM Melayu ke empat terkaya di Malaysia

3 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.

Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK)


YB. Zulkefli Nordin mementing diri.

3 Rabiul Awal 1431H.
http://perakite.blogspot.com

Apa lagi yang hendak ditunggu Parti Keadilan Rakyat ... seeloknya singkirkan segera YB Zulkifli Noordin kerana beliau ternyata seorang yang tidak berpendirian kecuali mementingkan diri sendiri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata sekarang adalah zaman politik terbuka dengan mengambilkira pendirian prinsip sendiri dan tidak terlalu mengikut kehendak parti.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagi mengkhianati rakyat yang mengundi.

Kata-katanya itu dengan jelas mengambarkan bahawa Zulkefli tidak memerlukan PKR dan mungkin Umno akan menerimanya menjadi ahli.

Semasa PAS menyertai BN, tak seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS. Tok Guru elok tengok sejarah semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga,

Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

Semakin lama dibiarkan, akan bertambah onar Zulkefli ini kerana sikapnya kini umpama Belanda mendapat tanah..

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

2 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Kenyataan menteri itu memberitahu, Hasbie menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

Nor Mohamed ketika ditanya sama ada Hasbie merupakan individu yang ditangkap dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu di Butterworth, beliau berkata:

"Saya hanya boleh sahkan kenyataan yang saya hantar itu hari ini."

Nor Mohamed yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan berkenaan.

Hasbie adalah antara 27 pegawai yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dia dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II.

Semalam mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang Jumaat itu, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.Mstar/-

PR Lenggong sambut rombongan XPDC.

2 Rabiul Awal 1431H.
Khairul azman sakri

LENGGONG: Konvoi sebanyak 107 kereta dan puluhan motorsikal ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menyambut rombongan XPDC pimpinan diketuai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang tiba di Lenggong baru-baru ini membuktikan sokongan padu rakyat.

Ratusan ahli dan penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP menunggu ketibaan rombongan seawal jam 11 pagi, diketuai Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, walaupun rombongan XPDC Jelajah Seluruh Perak itu tiba jam 12.30 tengah hari sepertimana dijadualkan.

Selepas menunggu lebih sejam, akhirnya rombongan XPDC tiba dan disambut dengan konvoi sepanjang lebih satu kilometer bermula dari pekan kecil yang diberi jolokan Bukit Bunga di Kampung Kelantan, Kuak, Lenggong.

Konvoi sejauh 10 kilometer ke rumah Kak Yam, salah seorang pimpinan Dewan Muslimat PAS Lenggong, 1 km dari bandar Lenggong, berlangsung lebih kurang 30 minit, akhirnya sampai.

Di pekarangan rumah Kak Yam majlis berlangsung dengan ucapan ringkas beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang dimulai ucapan Haji Razman dan diakhiri ucapan ringkas Mohammad Nizar sendiri.

Turut hadir YDP PAS Gerik, Ustaz Haji Mohd Dahlan Ismail bersama rombongan Pakatan Rakyat Kawasan Gerik, termasuk Bekas Calon DUN Temenggor, Moon Ah Kaw.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Dr Khairuddin Datuk Haji Abdul Malik memulakan ucapan bagi pihak rombongan pimpinan negeri, diikuti beberapa Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin Mohd Yusof turut berucap dengan diikuti ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Mohammad Nizar kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin yang menyambutnya dengan penuh semangat.

Selepas ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga ADUN Pasir Panjang itu, masuk waktu Zohor dan solat berjamaah dilakukan di ruang solat dalam pekarangan rumah Kak Yam.

Seterusnya pimpinan dan hadirin dijamu makan tengah hari sebelum sesi bergambar diadakan dimana hadirin berpusu-pusu mengambil kesempatan bergambar dengan Mohammad Nizar dan Haji Razman.

Rombongan XPDC seterusnya berangkat ke Padang Rengas sebelum ke Bukit Gantang dan kemudiannya ke Bagan Serai dan Parit Buntar.

16 Februari 2010

UMNO SUDAH SEBATI DENGAN BUDAYA FITNAH, TIDAK BELA NASIB ORANG MELAYU: PESURUHJAYA PAS PERAK

2 Rabiul Awal 1431H.
Mohd hafez sabri

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan dan mempersoalkan dalam kenyataan media beliau, setelah sekian lama Umno itu dipertanggung jawabkan untuk membela nasib orang Melayu, apa yang mereka lakukan untuk membangunkan orang melayu, sebaliknya pimpinan umno terus mengkayakan keluarga dan kroni mereka untuk keseronokan diri mereka semata. Menurut beliau tidakkah mereka merasa malu, jika tidak kerana orang Melayu yang memilih mereka dalam beberapa pilihanraya sebelum ini maka sudah lama politik umno ini akan terkubur.

Menurut beliau umno selama ini sudah lali dengan politik hasad dengki, cantas-mencantas dan sebagainya sudah sebati dengan politik Umno., apa yang penting bagi umno ialah kuasa dan harta.

Menurut beliau lagi perkara ini boleh ditanaya sendiri dengan pimpinan Umno. Pasti tidak ada siapa yang sanggup menafikannya. Bila kuasa ada di tangan, mereka gunakan segala kesempatan yang ada untuk mengumpul harta untuk mengisi tembolok dirinya dan kaum keluarga, dan lebih buruk lagi apabila umno telah merampas kuasa rakyat di negeri Perak

Beliau turut menyatakan bahawa masa semakin hari semakin beredar, orang Melayu tidak lagi seperti orang Melayu pada tahun 1970-an. Orang Melayu sekarang sudah bertambah cerdik. Sebab itu saya menentang keras jika ada yang mengatakan bahawa parti pembangkang telah meracuni fikiran orang Melayu, mempengaruhi orang melayu, menghasut orang Melayu dan sebagainya.

Dalam keadaan tertekan seperti sekarang pun pemimpin Umno terus bermain wayang kulit. Jari mereka tidak pernah membengkok. Sebaliknya terus menerus menudingkan ke arah orang lain. Saban hari orang Melayu dipersalahkan. Orang Melayu dituduh tidak tahu mengenang budi. Orang Melayu tidak tahu bersyukur. Kemudian jari itu ditudingkan lagi. Kepada parti pembangkang pula dikatakan memutar belitkan fakta, meracuni fikiran rakyat, jelas beliau Sehubungan dengan beliau menasihatkan kapada masyarakat melayu khususnya supaya meninggalkan perjuangan umno yang selama ini hanya menipu dan mempergunakan nama melayu untuk kepentingan politik mereka.

Aafia Siddiqui: Apakah Nasib wanita Ini?

2 Rabiul Awal 1431 H.
Email : Tebing Tinggi.

Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan ganas” dan memasuki Korea Utara secara haram.

Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutuskan untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bergelar Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Muslimah dan beliau tiada pemimpin yang boleh memelihara serta mengurusi masalah yang dihadapinya.

Inilah kisah beliau

Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan perubatan di England, dan Ismet. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang “tahfiz” al Quran. Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya. Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak penguasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan.

Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar “tahanan 650” telah dimasukkan ke Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang “tahanan 650”(Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.

“ Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema(dengan penuh nada penyeksaan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan untuk melancarkan mogok lapar.” Yvonne menggelar beliau sebagai wanita bayangan kerana beliau adalah mirip seperti hantu, sesuatu yang tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui sesiapa sahaja yang mendengarnya. Suara seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.”

Kedua-dua pihak kerajaan Pakistan dan pihak bertanggungjawab di Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehingga kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media. Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika.
Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradikasi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kompaun Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa manual tentang letupan dan “bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bikar yang bertutup” yang terdapat di dalam pegangannya. Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika(tiada sesiapa diantara mereka yang tercedera), namun sebaliknya, Aafia sendiri yang

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang
• Semua gigi beliau telah dicabut
• Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna
• Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

“ Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)

Perbicaraan Aafia Siddiqui akan bermula pada minggu ini.

Lihatlah! Betapa dengan ketiadaan Khilafah, Aafia Siddiqui dan seluruh Muslim di dunia ini adalah seperti orang yang merempat, tiada negara dan tiada pembelaan, seperti yang diperingatkan oleh Sallallahu Alaihi wa Sallam, Kita adalah seperti buih-buih dan puing-puing yang di hanyutkan oleh arus lautan.

“Manusia akan suatu masa nanti menyeru sesama mereka untuk menyerang kalian seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan”. Ada yang bertanya, “Adakah ini berlaku kerana bilangan kami yang kecil ketika itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan jumlah kalian banyak namun kalian adalah seperti buih-buih yang dibawa air. Allah mengangkat kegerunan musuh terhadap kalian dari dada-dada mereka dan mencampakkan penyakit wahn ke dalam jiwa-jiwa kalian”. Ada yang bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah penyakit wahn itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.” [Abu Daud dan Ahmad]

Penyakit wahn inilah yang telah menyebabkan pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang wanita Muslimah kepada pihak kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: “ Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lainnya, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya yang lain kepada pihak yang menindas” [HR Bukhari]

Penyakit wahn ini jugalah yang menghalang para pemerintah di dalam wilayah-wilayah Islam untuk mengangkat jari-jemari dan tangan-tangan mereka untuk mempertahankan maruah dan kehormatan kaum Muslimah dan membebaskan bukan sahaja Aafia, malahan beribu-ribu kaum Muslimin yang merengkok di dalam penjara di Guantanamo, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda mengingatkan mereka: “ Sesungguhnya, adalah menjadi kewajipan ke atas kaum Muslimin untuk membebaskan tahanan mereka ataupun membayar tebusan untuk mereka”

Penyakit wahn ini jugalah yang mendorong para pemimpin Dunia Islam untuk memenjara, menyeksa dan mendera beribu-ribu golongan Muslim yang ikhlas berjuang menegakkan Islam, di dalam penjara kejam mereka, sedangkan Hisham bin Hakeem meriwayatkan, : “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: “ Allah akan menghukum mereka yang menghukum orang lain di dunia.” [HR Muslim]

Namun begitu, kita haruslah sedar dan ingat bahawasanya kita sebenarnya bukanlah sentiasa merempat dan bahawa kita tidak pernah mempunyai Negara yang membela kaum Muslimin. Tatkala Negara(Daulah) Islam wujud suatu ketika dahulu, maruah dan kehormatan para wanita Muslimah telah dipelihara dan tahanan-tahanan Muslim dibebaskan.

Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ telah mencabul kehormatan seorang wanita Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap. Seorang lelaki Muslim yang kebetulan berada di situ ketika itu, telah bangun membela dengan membunuh Yahudi tadi. Kaum Yahudi kemudiannya membalas dendam dengan membunuh pula lelaki Muslim itu. Kaum keluarga lelaki Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslim yang lain, dan Baginda SAW telah menghantar pasukan tentera Muslim untuk menyerang Yahudi Bani Qainuqa’ dan selepas lima belas hari bertempur, kaum Muslim berjaya menghapuskan seluruh Bani Qainuqa’ dari tanah Madinah.

Imam ibnu Athir mencatatkan dalam “Al-Kamil fi Tarikh”, sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang wanita Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama ‘Amuriyyah. Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan wanita Muslimah itu. Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu “Oh Mu’tasim”. Seorang lelaki menyaksikan kejadian ini, lantas bertemu dengan Khalifah Mu’tasim dan memaklumi beliau tentang kejadian itu. Tatkala Mu’tasim mendengar rintihan wanita itu, beliau menyahutnya dengan penuh keberanian, “Labbaik (Aku datang menyahut seruanmu).” Mu’tasim mempersiapkan sepasukan bala tenteranya dan melancarkan serangan untuk menyelamatkan wanita itu. Pasukan tentera beliau telah menawan pihak musuh dan memasuki ‘Amuriyyah. Selepas menghancurkan kubu kuat musuh, mereka sampai kepada wanita itu serta berjaya membebaskannya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula telah mengirim sepucuk surat kepada Tahanan Perang Muslimin di Konstantinopel. Beliau memberitahu mereka:

“ Kalian mengatakan diri mu adalah Tahanan Perang. Sebenarnya, kalian bukanlah begitu. Kalian telah dipenjarakan kerana berjihad untuk Allah. Aku ingin memberitahukan kalian semua, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan sipulan dan sipulan dengan 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian. Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Roman yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi. Aku juga telah mengutus sipulan bin sipulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar. Maka bergembiralah kalian! Salam Sejahtera.”

Wahai Amerika dan Sekutunya!

Pada hari ini kamu membunuh kaum lelaki, wanita dan anak-anak Muslim kami, menyeksa dan memenjarakan kami serta merampas sumber semulajadi dan tanah-tanah kepunyaan kami. Tetapi ingatlah dan sedarlah kamu bahawasanya perkara ini hanyalah sementara sahaja. Kebangkitan Islam sedang berlaku dan penyakit wahn itu sedang dirawat dan sedang mencair secara perlahan-lahan dengan ikatan pemikiran dan akidah Islam yang menebal dan kian utuh. Kamu sudah tentunya menyedari akan hal ini, maka sebab itu lah kamu melancarkan peperangan menentang keganasan dan membelanjakan berbillion-billion wang untuk menakluki wilayah-wilayah serta tanah-tanah kami.

Nantikanlah! Tatkala kemenangan dari Allah Subhanahu wa Taala telah tiba, dan wilayah-wilayah kaum Muslimin bersatu di bawah pemerintahan satu Khalifah, yakinlah bahawasanya Negara Daulah Islamiyyah yang terbentuk itu akan mempergunakan seluruh kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraannya untuk membebaskan seluruh tahanan kaum Muslimin dan memelihara kehormatan para Muslimah . Allahu Akhbar!!!

Zambry sudah menggelabah, hina Bangsa Cina adakan sambutan Hari Raya Cina !

1 Rabiul Awal 1431H.

Saya sangat terkejut dengan tindakan MB mahkamah Perak yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi MB Perak di Ipoh kelmarin. Kononnya seperti yang dilaporkan oleh media sambutannya mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di perak.

Inilah sejarah baru dalam negara kita bila seorang pemimpin UMNO mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf Menteri Besar di Perak. Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari raya Cina.

Nampak sungguh Zambry sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan haram yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas. Walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini kita amalkan. Nampak sangat "bodohnya".

Sebelum ini saya ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan HRC untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN. Tidak terfikirlah sampai ketahap ini.

memang tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal bila mengadakan hari terbuka bangsa lain. Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya.

Sebenarnya sewajarnya rumah terbuka TBC hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina. Seperti yang akan dilakukan hari ini oleh ADUN Cenderiang, Dr. mah Han Soon ianya tepat dan sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan HRC anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin UMNO selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh MB kerajaan BN Haram di Perak. Bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam.

Rosmah mahu kerjasama bendung pembuangan bayi, kes yang lain macam mana ?

1 Rabiul Awal 1431H.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membayangkan kemungkinan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membendung gejala pembuangan bayi yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini.

Saya ucapkan tahniah dengan respon yang diberikan Isteri PM 1Malaysia dan keprihatinan yang mendalamnya. Namun terfikirkah dia bahawa dalam beberapa hal beliau mestilah berkerjasama untuk menyelesaikan tohmahan pelbagai pihak tetang keterlibatannya dalam Kes Al Tantuya.

Semuga segala hasratnya untuk berkerjasama termasuklah untuk membersihkan dirinya dan suaminya PM 1Malaysia bahawa dengan bukti yang jelas untuk membersihkan keluarganya yang dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia iti. Saya pun tidak sanggup mendengar lagi tuduhan demi tuduhan dikeluiarkan oleh pelbagai pihak kalaulah benarlah keluarganya bersih dan tidak bersalah.

Katanya beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang kempen kesedaran dalam menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah.

"Insya Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.

Umno mendidik Melayu menjadi Pak Pandir

1 Rabiul Awal 1431H.
Anak Sengat

Isu perarakan Maulidurrasul mula menjadi isu politik yang lebih bersifat perkauman. Memang umNO menggunakan isu agam adan kaum untuk menguasai pengundi melayu, sebaliknya bagi pengundi bukan melayu mereka akan dipengaruhi melalui peruntukan.

Di saat orang melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya... mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi. Sayangnya melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.

Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.

Isu perarakan sempena Maulidurrasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama.. bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar.

Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.

Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka kemana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata danmenguntungkan, umNO mempermainkan bangsa melayu dengan isu yang akan berlalu begittu sahaja. Inilah politik membodohkan melayu yang diamalkan umNO.

Benarlah kisah Pak Pandir... menang sorak , kampung tergadai.....umNOlah yang mengajar bangsa melayu menggadai kampung dan negeri mereka

15 Februari 2010

Nik Aziz saran Zahrain letak jawatan MP

30 Safar 1431H.

Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari PartiKeadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

- Bernama

Setiausaha Politik Ditahan Bersama Wang Tunai RM2j

30 Safar 1431H.

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.Mstar/-

Perutusan Selamat Tahun Baru Cina

30 Safar 1431H.

Tahun Baru Cina menjelang lagi, dengan ini saya seisi keluarga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, Xin nian kuai le, gong xi fa cai kepada semua pengunjung blog ini yang berbangsa Cina dan kepada yang bukan berbangsa Cina semuga kedatangannya memberi peluang untuk kita saling berkunjung dan berbalas ucapan bagi menguatkan hubungan masyarakat Malaysia pelbagai bangsa.

Bagi bangsa Cina diseluruh dunia mereka menyambut kedatangan hari besar ini dengan pelbagai acara dan yang paling penting mereka akan mempergunakan hari ini untuk saling bebalas ucapan "gong xi fa cai" dan " Xin nian kuai le" sebagai ucapan tradisi sudah ribuan tahun.

Alhmadulillah saya hanya memeluk Islam, bukannya sekali masuk Melayu seperti yang diajar oleh pejuang melayu yang fanatik. Kerana itu saya akan terus merayakan tradisi bangsa saya ini.

Selain itu kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan taulan adalah tradisi yang utama yang menghiasi perayaan ini.

Budaya Ang Pau juga adalah sesuatu kemestian yang menambahkan lagi kemeriahan sambtuan TBC.

saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini untuk kembali kepada satu perjuangan yang murni iaitu untuk menyelamatkan Malaysia yang kita sayangi. Kepada bangsa Cina sesungguhnya tidak ada lagi harapan kepada semua bangsa di Malaysia termasuklah Bangsa Cina yang dikhianati oleh Barisan Nasional selama 50 tahun lebih mereka memerintah malaysia.

Marilah kita memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang menjadi alternatif yang tiada lagi pilihan selain itu. Serangan yang bertubi-tubi kepada gabungan dan pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukti ianya adalah saingan kepada BN yang semakin padam dari peta politik malaysia.

Kerana itu Pakatan Rakyat tetap diyakini sebagai wadah penyelamat dan pilihan utama masyarakat Malaysia khususnya bagi masyarakat Cina.

Tahun Harimau yang disambut pada tahun ini diharapkan menyerlahkan lagi masa depan politik Malaysia yang memerlukan perubahan , dan ianya hanya boleh berubah dengan Pakatan rakyat, InsyaAllah.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.