03 Februari 2014

Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya

3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Trafik dilaporkan masih bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya malam tadi berikutan ramai warga kota pulang selepas cuti panjang bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad berkata di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, trafik bergerak agak perlahan di lima laluan setakat 9.30 malam, iaitu dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Simpang Pulai ke Gua Tempurung, Sungkai ke Slim River, Bertam ke Sungai Dua dan Changkat Jering ke Terowong Menora.

Pegawai pengundian tak muncul, bimbang keselamatan

3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

BANGKOK, - Pilihan raya berjalan lancar di kebanyakan wilayah di Thailand hari ini, sekalipun pemprotes anti-kerajaan menyekat kertas undi daripada sampai ke pusat-pusat mengundi.

Dalam sesetengah hal, pegawai pengundian dilaporkan tidak muncul kerana khuatirkan keselamatan diri mereka.

Pengundian diadakan di 89.2 peratus daripada 93,532 pusat mengundi di seluruh negara, dan tidak ada kejadian keganasan dilaporkan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Supachai Phucharoen pada sidang akhbar tengah hari ini selepas pusat pengundian ditutup.

Penunjuk perasaan kacau pilihan raya

3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Bangkok: Penunjuk perasaan antikerajaan menghalang proses pengundian di berpuluh-puluh kawasan pada pilihan raya Thailand yang berlangsung di dalam keadaan tegang semalam dibayangi dengan pertumpahan darah, boikot oleh pembangkang dan kebimbangan krisis politik berterusan.

Walaupun demonstrasi jalanan sejak berminggu-minggu bertujuan memaksa beliau meletak jawatan, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dijangka terus meluaskan kuasa keluarganya dengan memenangi undian semalam. 

02 Februari 2014

Perlawanan JDT, T-Team kecoh, Pahang ke suku akhir

2 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, malam tadi.
    
Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baharu diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Mukhriz tertekan hadapi pendedahan penyelewengan

2 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi pendedahan penyelewengan dan salah urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.

"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?

Ibu tunggal dibakar hidup-hidup selamat dikebumikan

2 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Ibu tunggal yang 85 peratus melecur akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas teman lelakinya di Desa Rejang, Setapak, Januari lalu, selamat dikebumikan di ibu negara hari ini.
    
Suryana Saidin, 34, kakak kepada mangsa ketika dihubungi Bernama berkata Saliza, 29, yang meninggal dunia 5.15 petang semalam dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Muda, Batu Caves, tengah hari tadi.

Tiada pelik calon PM jadi MB

2 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
 SUBKY LATIF
Spekulasi sangat kencang Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi Menteri Selangor kiranya ia jalan keluar terbaik tentang pergolakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubungan dengan kedudukan Menteri Besar Tan Sri  Khalid Ibrahim sekarang.
    
Tetapi ada yang terasa tidak layak baginya untuknya jadi Menteri Besar sedang dia adalah calon Perdana Menteri. Adakah calon Perdana Menteri hendak turun ke negeri pula.
  
Dalam politik tiada yang mustahil.

01 Februari 2014

Pinjaman bank akan lebih mahal?

1 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013.

“Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah,” menurut BNM.

Empat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air

1 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.


Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7,berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Isnin Depan

1 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, dijangka berterusan hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, keadaan samaturut melanda Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Keadaan itu membawa angin kencang berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometersejam dan ombak dengan ketinggian melebihi 3.5 meter.

Cikgu Mala santuni kaum Tionghua Dun Pemanis

1 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
SEGAMAT: Menjelang Sambutan Tahun Baru Cina, Normala Sudirman dan NGO Skuad Cikgu Mala Prihatin menyantuni Kaum Tionghua di Dun Pemanis di beberapa lokasi dan premis perniagaan sekitar Dun Pemanis.

Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka apabila mantan calon PRU13 Dun Pemanis ini beramah mesra sambil mengedarkan Kad Tahun Baru Cina dan limau mandarin. Normala yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala disambut dengan rasa gembira dan ceria.

31 Januari 2014

Bapa kelar anak hingga mati direman seminggu

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.

Muhammad Ali peluk Islam di puncak kegemilangan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SIAPA tidak kenal Muhammad Ali, peninju dunia kulit hitam berasal daripada Amerika Syarikat?
Muhammad Ali dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942; beliau kini berusia 72 tahun.
Ketika berusia 33 tahun, beliau menyertai Nation of Islam pimpinan Elijah Mohamad dan akhirnya memeluk Islam pada 1975.
Pada 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated. Beliau menyandang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali.

Dua Penjenayah Kes Tembak Berhampiran Plaza Tol Behrang Diberkas

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

IPOH: Dua penjenayah yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Plaza Tol Behrang, Isnin lepas, berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan di SlimRiver, kira-kira 70km dari sini.
Suspek pertama, 24, ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah kongsi di Kampung Balun, Slim River pukul 3.10 petang, Selasa lepas, manakala suspek kedua berusia 27, ditangkap pada 10.50 pagi Khamis ketika berjalan kaki mendaki sebuah bukit terletak dua kilometer dari rumah kongsi itu.

Gunung Kinabalu Dilitupi Fros

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. 
KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.