Bersaing mencari rezeki yang tersebar di muka bumi ini kadangkala tidak dengan jalan yang betul .Seringkali muncul kezaliman di antara sesama manusia. Ada pihak yang menzalimi dan juga yang dizalimi. Keadaan ini samasekali tidak diinginkan dalam Islam sebagai agama yang adil dan damai. Sebab itu Rasulullah SAW mengajak kita untuk membantu mereka berdua. 23 Januari 2008
Mencegah Kezaliman.
Bersaing mencari rezeki yang tersebar di muka bumi ini kadangkala tidak dengan jalan yang betul .Seringkali muncul kezaliman di antara sesama manusia. Ada pihak yang menzalimi dan juga yang dizalimi. Keadaan ini samasekali tidak diinginkan dalam Islam sebagai agama yang adil dan damai. Sebab itu Rasulullah SAW mengajak kita untuk membantu mereka berdua. 22 Januari 2008
Doa Anak Soleh
Ibu dan Ayah yang masih sihat dan hidup kalau menziarahinya kita fikirkan perlu membawa buah tangan, adakah dalam bentuk makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya. Sebagai anak yang mengenang jasa mereka berdua pasti kita balik kampung bukan dengan sedikit buah tangan.Dibangkit Dengan Mata Buta
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Allah akan dibutakan mata mereka kelak dihadapan Allah SWT walaupun di dunia mata mereka celik. Isue Lagu Bersih
Menteri Penerangan semakin bercelaru " kepala otak " nya dengan pengumumannya kelmarin dengan mengharamkan lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri SM Salim dan M Nasir kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan ‘bersih’. Inilah perangai pemimpin UMNO yang takut kepada bayang-bayang.Kelekaan jangan dikenang
korus
Disulami syair termasyhur
Timbalan Menteri Kesihatan : 1 dari 5 Berpenyakit Mental
Sebelum Chua Soi Lek meletakkan jawatan, bekas menteri kesihatan tersebut pernah mendedahkan sebanyak 16 % rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental. Atau sebanyak 3 juta dari 27 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah tersebut.Antara Kandungan Menifesto PAS
Berikut adalah antara kandungan Menefisto PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.
2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa .
3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.
5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.
6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.
Penyakit...
Manusia sesungguhnya mengalami pelbagai penyakit. Penyakit manusia pada akhir zaman ini semakin aneh dan sukar mencari ubatnya. Islam menganjurkan kita untuk berikhtiar sedaya mungkin untuk menyembuhkan penyakit yang kita hadapi, setelah makan ubat baru berserah kepada Nya.Teruknya BN :40,000 anak India tiada surat beranak
Pendedahan mengenai 40.000 orang India tidak memiliki sijil kelahiran menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan BN itu sendiri. Kenyataan ini dalam suatu segi lain adalah saya anggap sebagai strategi politik dan memujuk masyarakat India suapa kembali menyokong MIC dan BN.21 Januari 2008
Senyuman..
Senyum dalam Islam adalah sesuatu yang dianjurkan, dia dianggap sedekah dan suatu ibadah. Senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah gambaran akhlak yang terpuji yang menghubungkan hati antara manusia.Saling Menghormati Yang Kaya Dengan Yang Miskin.
Allah maha menentukan kepada rezeki setiap makhluknya, kerana itu ada yang mendapat rezeki yang banyak dan ada yang mendapat rezeki yang sedikit malah ada yang gagal memperolihinya. Lalu terjadilah apa yang dikatakan kemiskinan. Siapa lobi jadi Menteri Besar Perak ?
PARIT BUNTAR 20 JAN ;- Kerusi Menteri Besar Perak hangat diperkatakan di negeri ini. Utusan hari ini turut melaporkan berita ada usaha pihak tertentu sedang melobi untuk menduduki jawatan tersebut.
Menteri Besar Perak Mohd. Tajol Rosli mendedahkan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini. Zon Utara terdiri Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut. Kata beliau walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.
Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.
Realiti ini sedang hangat diperkatakan di Parit Buntar. Dikatakan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman yang juga merupakan Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri adalah individu yang disebut oleh Menteri Besar Perak itu.
Isue ini telah kedengaran sejak tahun 2007 yang lepas. Menurut satu sumber dikatakan beliau akan bertanding di Kerusi DUN Titi Serong bagi merealisasikan hasrat tersebut. ADUN BN di Titi Serong pada masa ini ialah Abu Bakar Mat Ali, Seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kanan. Beliau memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan majoriti, 2,587 undi dalam pilihan raya umum 2004 dengan mengalah calon PAS Ahmad Azhar Sharin yang menang pada PR ke 10 tahun 1999. Kedudukannya dikatakan tergugat disebabkan tempat ini akan diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar itu.
19 Januari 2008
Menghormati Jenazah
Hadits Amir bin Rabi'ah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila kamu melihat jenazah diusung, maka berdirilah kerananya sehinggalah jenazah tersebut diusung jauh dari kamu atau sehingga jenazah tersebut diletakkan di dalam kubur. Kelaziman yang berlaku adalah disebaliknya dalam masyarakat kita pada hari ini. Bila jenazah diusung masuk kedalam mesjid ramai dikalangan hadirin yang berat untuk berdiri. Sedangkan pada suatu masa Rasulullah sedang duduk bersama sahabat yang lain menghormati jasad seorang Yahudi dengan berdiri.Apabila ditanya oleh sahabat beliau menjawab penghormatan tersebut atas dasar dia juga adalah keturunan Adam.
Persiapan Menempuh Kematian
Kematian adalah kesudahan kepada suatu kehidupan di dunia yang tidak dapat kita lari darinya. Sesudah itu roh dan jasad akan berpisah, jasad akan disemadikan menjadi makanan ulat dan cacing dan roh kita akan terus hidup untuk bertanggungjawap kepada segala amalan didunia.Najib : BN Tidak Penipu
Penipu biasanya tidak pernah mengaku dia menipu. Dan untuk mengelakkan dari dikatakan dia penipu seseorang itu akan sentiasa mempertahankan diri dengan berbagai alasan. Hari ini TPM tidak semena-mena mengatakan BN tidak penipu.Apa Sudah Jadi : Formula Satu (F 1) Di Waktu Malam
Mengulas mengenai F 1 bukan bermaksud saya meminatinya. Bila terbaca laporan akhbar bahawa ianya akan dilakukan pada malam hari saya terpanggil dan rasa bertanggung jawab untuk membuat sedikit ulasan segera.
Dilaporkan Malaysia ‘dipaksa’ Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menganjurkan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) pada waktu malam mulai tahun 2011 sebagai salah satu syarat untuk terus menjadi tuan rumah.
Berikutan arahan FIA itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bercadang untuk mencuba melangsungkan perlumbaan di waktu malam mulai tahun depan.Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan sebuah konsultan minggu depan bagi merealisasikan hasrat itu secepat yang mungkin.“Ia adalah konsultan sama yang membantu Singapura melangsungkan perlumbaan malam pada September ini.“Kita juga akan mengkaji buruk baik menganjurkan perlumbaan di waktu malam termasuk dalam soal komersial, pemasangan lampu dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran F1 Petronas GP Malaysia 2008 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Esplande KLCC di sini, malam tadi.
Mahu atau tidak F 1 sudah bertapak di negara kita sekian lama. Jika Kerajaan BA menang dalam PR akan datang kita berjanji kepada peminat F 1 untuk meneruskannya tetapi dalam bentuk baru yang lebih baik dan tidak bercanggah dengan peraturan Islam dan FIA.
Kita berharap suatu kajian langkah yang munasabah dilakukan untuk mengelakkan maksiat bertambah selama acara itu berlangsung diwaktu malam. Jika acara ini yang telah dilakukan diwaktu siang melibatkan percampuran muda muda tanpa batas, amat dibimbangi sesuatu yang lebih teruk berlaku bila acara diadakan pada waktu malam.
Kita setuju cadangan Mokhzani dalam hal menambah lampu, tetapi jangan lupa pencegah maksiat di negeri Selangor juga perlu difikirkan untuk ditambah. Kalau tidak kita takut semasa ada perlumbaan di litar, ada perlumbaan lain didalam gelap. Usaha pencegahan maksiat di Selangor nampaknya bertambah rumit dan pelbagai.