KUALA KANGSAR, 19 April :- Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah bergelar Datuk Seri apabila dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-80 disini pagi tadi.19 April 2008
Tahniah kepada MB Perak.
KUALA KANGSAR, 19 April :- Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah bergelar Datuk Seri apabila dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-80 disini pagi tadi.18 April 2008
Kejutan masalah rakyat pada hari ini .
PARIT BUNTAR, 17 APRIL:- Seawalnya setelah menerima cadangan dari teman-teman mengenai jadual kehadiran di pejabat khidmat wakil rakyat, saya telah pun sampai ke Pejabat sekitar jan 7.50 pagi. Begitulah tekad dan doa semuga diizinkan Allah untuk hadir ke Pejabat sekiranya tidak ada urusan keluar daerah seperti berikut.Jadual diatas mengambil kira permasaalah rakyat yang ingin mengadu ke pejabat sesuai degan keadaan kerja masing-masing. contohnya yang berkerja siang mungkin mereka akan selesa untuk bertemu dengan wakil rakyat diwaktu malam dan sebaliknya.
selain itu satu papan tanda kecil akan diletakkan diluar pejabat memaklumkan mengenai jadual pergerakan harian bagi memudahkan pelanggan mengetahui pergerakan wakil rakyatnya.
1. kebakaran kecil di Taman Wawasan Parit Buntar.
Sekitar jam 7.55 kelihatan beberapa kereta bomba menuju keluar dari pusat bandar, rupanya tidak disangka berlaku kebakaran di sebuah kedai berupa "PUB" yang kelihatan gelas dan botol-botol arak yang masih tidak dibersihkan . Keadaan kotor dan tisu yang berselerakan. Setelah mendapat penjelasan ringkas dari pegawai bomba yang bertugas, saya dibawa melawat bahagian belakang kedai yang dikatakan bermulanya api. Berupa stor penyimpanan botol-botol arak dam jumlah yang banyak. Keadaan masih lagi berasap. Sesudah itu saya dibawa melawat ke tingkat atas, seperti yang dimaklumkan oleh pihak pejabat agama bahagian penguatkuasa maksiat beberapa bulan lalu menjadi pusat GRO dan urut dan telah diserbu melibatkan 25 warga asing ditangkap.
2. Melawat pasar Parit Buntar.
Sesudah itu sekitar jam 8.35 bergerak pula ke pasar awam Parit Buntar untuk lawatan resmi bagi bertemu dan mendengar permasalahan mereka. Saya diiring oleh pemadu, dan 3 orang dari kelab penyokong PAS Kaum Cina.
Selama sejam berada disana saya mendengar beberapa permasaalahn segera yang perlu diambil perhatian segera oleh kami dan pihak yang berwajib:-
-masaalah lantai bahagian jualan ikan yang rosak teruk
-masaalah lampu yang perlu di buang wayar yang lama dan tidak digunakan
-masalah status parking dalam kawasan pasar
-masalah kedudukan penjaga disekitar pasar, adakah statusnya bioleh bersifat harian atau hari-hari tertentu sahaja.
3. Lawatan ke sekolah terjadi keracunan.
Maklumat yang diketahui oleh sumber yang bukan resmi tetapi atas tanggung jawab saya hadir ke sekolah tersebut bagi sama-sama berkongsi masalah rakyat.
Kebetulan ada taklimat kesihatan oleh Pejabat Kesihatan. Mereka dalam sessi rehat dan berada dikantin. kehadiran saya agak mengejutkan. kalimat pertama yang saya ucapkan " nanti bila yang mati baru nak bagi tahu wakil rakyat", terasa agak kasar tetapi itulah yang sepatutnya paling layak saya ucapkan kerana keracunan itu berlaku sejak 12.4 sabtu yang lalu. Semuanya pandai tutup cerita dan saya pun tidak berminat dedahkan nama sekolahnya.
Slot kedua bermula, saya cuma berhajat hendak mendengar sahaja. Prinsipnya sudah melawat dan bila dengar ceramah tentu ada manfaatnya.
Walaupun ada beberapa pihak yang berminat dan memaklumkan bahawa saya diminta untuk memberi sedikit ucapan penutup majlis, saya merasakan ada juga baiknya setelah berhadapan dengan ratusan pelajar yang dikumpul dalam dewan utama. Idea juga cuba saya fikirkan dengan spontan dan saya dimaklumkan supaya jangan menyentuh soal politik ketika berucap nanti. Saya pun faham sangat dimana palaform saya akan bercakap.
Namun akhirnya saya tidak dibenarkan juga oleh satu pihak yang lain, Sebetulnya saya sudah setkan dalam minda saya untuk bercakap soal kebersihan dan dikaitkan dangan tuntuan "halal" dalam soal makan dan minum. Tidak lebih dari itu saja. namunu itulah realitinya kedangkalan sikap dan tindakan beberapa pihak yang tidak ada intigriti dalam melaksanakan tugasnya.
Apapun saya yakin berada dilandasan sepatutnya untuk melihat anak-anak pelajar yang datang dari ibu-bapa yang memenangkan saya dalam PR yahng lalu. Mereka adalah rakyat dibawah jagaan saya.
Namun realitinya kadang-kadang manusia jadi penakut kalau berhadapan dengan suausana yang begitu sekali spele. Apa boleh buat ? coobaan......
Najib akui kehilangan sokongan kaum Cina dan India.
Najib secara tidak langsung telah mengakui bahawa mereka kehilangan sokongan besar dari kaum cina dan India dalam Pr Umum yang lepas, kenyataan Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengambil beberapa tindakan bagi memperoleh semula sokongan daripada kaum Cina dan India membuktikan perkara tersebut.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengetuai anggota Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengadakan pertemuan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.
17 April 2008
CERAMAH ISU SEMASA
Kes Tangkapan Mat Sabu, Pendakwaraya bersandiwara ?
NIBONG TEBAL, 16 April :-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis yang dituduh mengganggu penjawat awam ketika penahanannya di Plaza Tol Tambun 9 Disember 2007 didakwa semula dengan jaminan RM3,000 seorang di Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal petang tadi. Tertuduh yang lain dikenakan ikat jamin RM 2,500 setiap orang.Kesemua tertuduh dibebaskan setelah diikat jamin oleh penjamin terdahulu Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man manakala Haji Mohamad Sabu oleh penjamin baru Hasbullah Shafiee memandangkan penjamin lama Ariffin Husein tinggal di Kelantan.
Pendakwaan terhadap mereka dilakukan semula kerana terdapat kekurangan bukti pihak pendakwa.
Setelah pembicaraan ditangguhkan beberapa kali akhirnya mereka dibebaskan dan Majistret, Mohd Izham Ali menangguhkan tarikh pembicaraan ke tarikh baru pada 8 Jun 2008 di mahkamah yang sama.
Empat orang peguam mewakili tertuduh iaitu Hanifa Maidin, Haji Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khaira Darsyan Singh.
Antara Pimpinan PAS yang hadhir ialah Ketua DPP Pualau Pinang , Ust. Mohd Hafiz Nordin, ketua DPP Kedah , Ust. Musoddak Hj. Ahmad, ADUN Kubang Rotan Kedah, Muhamad Nasir Mustafa dan ADUN Titi Serong Perak, Drs. Khalil Idham Lim.
Selain Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu tertuduh lain terdiri dari 4 orang dari Perak iaitu, Zamarul Aini abdul malek.32, Zairul Azrun Zainal Abidin. 35,, Abdul Rahim mat Ariff. 58, dan Mohd Binyamin Ishak.44. Sementara dari kedah pula Md. Lazim Osman. 54, Abdul Razak Ramli, Mohd Sobri Mohd Said, dan Muhammadd Salleh. Dan Seorang lagi yang juga dari Pulau Pinang iaitu Faudzi Saharat.
Pendakwaraya meminta semua yang tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan, tetapi peguam-peguam tertuduh membantah dengan mengatakan sepatutnya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya.
Atas alasan bahawa pendakwaan telah menyalahgunakan proses mahkamah. Pendakwa juga tidak bersiap sedia untuk menjalankan pembicaraan dan berhasrat untuk mengemukakan pertuduhan baru, mahkamah juga bersetuju ?
Sejurus sahaja mahkamah membuat keputusan membebaskan tertuduh, mereka terus ditangkap semula dan telah dituduh semua di mahkamah yang sama pada jam 2.30 tadi.
Semasa menunggu pertuduhan baru pada jam 2.30, penulis sempat menemuramah peguam tertuduh iaitu Sdr. hanifa Maidin dan Sdr. Aminuddin Zulkifli. Mereka meminta supaya para pencinta keadilan mendoakan mereka-mereka yang dizalimi ini diberikan kesabaran dan seterusnya dibebaskan dari semua pertuduhan.
16 April 2008
Lembaga Displin UMNO takut ambil tindakan ?
Bermula dengan kenyataan keras dari Setiausaha Badan perhubungan UMNO Pahang,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman supaya semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO melepaskan jawatan mereka baru-baru ini sebagai mengambil tanggung jawab atas kekalahan besar BN dalam PR Umum ke 12 lalu. ahmad Tajuddin meminta semua Ahli MT UMNO melepaskan jawatan masing-masing dan membentuk jawatankuasa protem bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih anggota MT yang baru dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengumumkan bahawa Badan Perhubungan UMNO negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahamd Tajuddin kerana kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.
Sesudah itu Ahmad Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meletakkan jawatannya kerana bertanggungjawab terhadap cadangannya. “Saya meletakkan jawatan kerana saya adalah rantaian daripada kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang ada sekarang dan saya sekali lagi cadangkan supaya mereka melepaskan jawatan masing-masing,”
Cadangan demi cadangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak supaya Pak lah Juga meletakkan jawatannya. Terakhir semuanya bercakap pula mengenai peralihan kuasa. Sehingga hari ini mungkin sudah hampir separuh pemimpin UMNO mencadangkan beliau berundur cepat. Terbaru seperti yang disebut oleh Kak Fidah ,"janganlah pula peralihan kuasa ini dijalankan dalam keadaan seperti nasi sudah menjadi bubur".
Dalam kemelut ini tidak timbul lagi persoalan tindakan displin kepada yang bercakap walaupun hendak maki hamun pemimpin mereka. Seingat saya kalau zaman Tun dulu sudah kena semuanya. Kononnya semuanya adalah pendapat peribadi maka tidak perlu ambil tindakan. Bukankah sebab peribadilah dia menjadi pendapat umum, ataupun peribadi itulah yang bercakap untuk kumpulannya sendiri walaupun kecil.
Demikianlah UMNO yang semakin parah, luka dan tercedera akibat kekalahan dalam PR yang lalu, semakin parah apa bila diasak bertubi-tubi oleh pemimpin mereka sendiri. Kita tunggu dan lihat episod yang berikutnya !
Beras naik harga, siapa yang untung ?
Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.Namun begitu perlu saya ingatkan bahawa yang tidak mendapat manfaat langsung dari kenaikan harga ini ialah petani yang menanam padi itu sendiri. Setahu saya harga padi tidak pernah naik-naik sejak sekian lama.Malah mereka sendiri terpaksa menaggung resiko dengan membeli balik padi yang dijualnya dengan harga beras yang sangat tinggi berbanding padi yang dijual.
Mengikut pengamatan saya di Parit Buntar yang merupakan sebahagian dari jelapang padi Perak , kenaikan harga yang ditanggung oleh petani sawah adalah seperti berikut.
1. Harga semua racun
2. Benih padi
Bayangkan dalam keadaan semua keperluan asas dalam mengeluarkan padi telah mengalami kenaikan sehingga ada yang melebihi 100 % lebih, dimanakah keuntungan kepada petani.
Tidak salah saya suatu masa dulu dalam lipatan sejarah kita dikenalkan dengan " sistem Butter" iaitu petani hanya berkerja untuk tuan tanah tanpa ada pulangan yang sewajarnya. Adakah ini yang berlaku di malaysia?
15 April 2008
Himpunan Rakyat , 70,000 penuhi stadium Ipoh
IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog utama dan edaran risalah hand bill dan poster
.Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak.
Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.
MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".
Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selanseli ucapan takbir, Makkal Sakti dan Reformasi.
14 April 2008
Hari ini Pak Lah letak jawatan ?
Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.
Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku.
Persoalannya kenapa perhimpunan ini dikaitkan sebagai perhimpunan terbesar dalam keadaan BN dan UMNO sudah kehilangan 5 negeri dan menjadi enam sekiranya wilayah dikira sama. mana mungkin jadi besar dalam keadaan banyak kerusi dah hilang. Perhimpunan kecil dikata besar. Itu bohong namanya.
Saya meramalkan hari ini adalah hari penting kepada rakyat Malaysia yang akan melihat sesuatu kejutan akan berlaku. Angka 14 tidak digemari oleh orang tertentu! kenapa pula Pak Lah memilih hari ini untuk bertemu dengan orang bawahannya?
Kesempatan pemimpin.
“Jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Allah jadikan pemimpin-pemimpin mereka orang orang yang berakhlak rendah” (HR. Ad Dailami).Menjadi pemimpin pada dasarnya merupakan kesempatan mendapatkan keuntungan berupa pahala berlimpah dari Allah SWT. Namun syaratnya pemimpin itu hendaklah memiliki akhlak yang baik, adil, bijaksana,mengajak orang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, perihatin dengan masaalah rakyat, dan sebagainya. Seandainya seseorang pemimpin memiliki sifat yang mulia dan diamalkannya, maka pasti damailah hidupnya dunia dan akhirat. Sayangnya, kesempatan itulah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pemimpin.
Tidak sedikit bekas pemimpin masa lampau yang menderita hidupnya di dunia dan di akhirat. Banyak bekas pemimpin yang meringkuk di penjara dunia karena kegagalannya memanfaatkan kesempatan untuk berbuat baik sewaktu memimpin. Itu masih belum cukup, kerana mereka juga akan dipenjara dalam neraka di akhirat kelak karena dosa-dosanya. Selain itu banyak juga yang dicerca dan dihina walaupun mereka sedang digelar pemimpin.
Tentunya kita tidak menginginkan pemimpin kita bernasib buruk. Sebab, apapun alasannya, mereka juga adalah saudara kita. Oleh karena itu, sebaiknya kita menolong pemimpin-pemimpin kita dengan teguran, kritikan, dan peringatan untuk tetap memanfaatkan semua kesempatan untuk melakukan perbuatan baik. Kerana itu seorang pemimpin yang baik akan rela ditegur, dan rela berundur dengan terhormat jika sekiranya sudah tidak mampu memikul amanah yang dipegang.
Lebih penting dari segalanya, dengan baiknya pemimpin, akan baik pula rakyat yang dipimpinnya. Sebab, pemimpin yang baik merupakan pertanda akan baiknya kehidupan rakyat. Sebaliknya, pemimpin yang buruk akan menjadi tanda akan buruknya kehidupan rakyat di bawahnya.
Perlawanan Bola Persahabatan, Perak 3 : Kelantan 3
IPOH, 13 April :- Sempena dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Seminar Wakil Rakyat Parlimen dan DUN esok hari, satu pertandingan bola persahabatan antara pasukan ADUN Perak melawan ADUN dari Kelantan. Perlawanan tersebut belangsung di Stadium Ipoh petang tadi dengan keputusan seri Kelantan 3 ,Perak 3.Pasukan dari Perak dibarisi oleh ADUN-ADUN dari pakatan Rakyat (PR) dengan memakai jersi berwarna putih, manakala pasukan ADUN Kelantan yang juga dibarisi oleh Ahli Parlimen dan ADUN dengan memakai baju berwarna merah.
Pada separuh masa pertama pasukan Kelantan mendahului 3 gol tanpa balas. Setelah wisel separuh masa kedua berbunyi Perak satu persatu membolosi gol Kelantan sehingga kedudukan seimbang 3 : 3. Salah satu gol adalah hasil tendangan panalti setelah seorang pemain Kelantan cuba menyelamatkan bola dihadapan gol dengan menampannya dengan tangan.
Perlawanan yang dianggap seimbang itu cukup meriah dengan mendapat tepukan dari penyokong kedua-dua belah pihak yang dianggarkan berjumlah sekitar 200 orang.
Mesyuarat AJK Pas Pusat di Ipoh hari ini.
IPOH, 13 April :- Untuk kali yang ketiganya , PAS Perak menjadi tuan rumah untuk mesyuarat AJK Pas pusat. Kali yang pertama pernah diadakan semasa almarhum Ust. Fadzil Nor , kali yang kedua diadakan di Hotel Heritage Ipoh pada 12 Februri 2006. dan untuk kali ketiganya, pada hari ini PAS Perak menjadi tuan rumah dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.Semasa berita ditulis mesyuarat sedang berlangsung di kediaman Resmi Menteri Besar Perak di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasaruddin Md. Isa. Dimaklumkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang tidak hadir atas sebab-sebab kesihatannya sekarang.
Dipercayai antara agenda penting mesyuarat adalah berkaitan dengan tuan rumah Muktamar Agung yang akan diadakan pada tahun ini. Berkemungkinan besar Perak akan dipilih sebagai tuan rumah untuk kali yang pertama.
sebelum itu suatu jamuan rakyat yang dihadiri oleh semua pemimpin PAS Pusat dan negeri Perak telah diadakan di poerkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perak di Bandar Ipoh Raya.
Dijangkakan sekitar 4000 orang pengunjung telah berpusu-pusu hadir untuk menikmati jamuan dan bertemu dengan pemimpin mereka terutamanya MB Perak yang sangat menjadi tumpuan ramai.
13 April 2008
Kenapa Pak Lah mengaku dia lemah.
Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas dan disebabkan perkara tersebutlah beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO. "Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor baharu beberapa hari lepas.
Persoalannyanya kenapa Pak Lah seolah-lah sangat panik dan hilang pertimbangan untuk mengatakan sesuatu yang terbenak dalam fikirannya yang hanya Tuhan yang tahu?
pak lah seolah jika dibandingkan dalam sebuah gelangang tinju sedang diasak oleh lawannya sehingga tersandar ke tali. Dia sekarang tidak dapat bergerak lagi dan diasak bertubi oleh tumbukan-tumbukan kiri kanan , malah ada atas dan bawah.
Taktik ini nampaknya makan diri sendiri, kerana dia tidak pernah terfikir bahawa tidak ada yang kesian kepada dia. khairi pun nampaknya sudah senyap macam "tikus'. siapa lagi yang nak kesian padanya melainkan kita cadangkan dia cepat-cepat turun dalam keadaan UMNO yang semakin reput dan ketinggalan zaman.
Pak Lah hampir KO
Desakan baru yang diberikan oleh Mahathir Mohamad agar Pak Lah meletakkan jawatanya sangat terang lagi bersuluh, kali ini beliau mencadangkan peralihan kuasa daripada pucuk kepimpinan tertinggi dilakukan sekarang tanpa perlu menunggu Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.Senario baru dalam perdebatan tentang perletakan jawatan Pak Lah sebagi Prersiden UMNO dan sekali gus sebagai PM saya lihat sebagai memasuki fasa yang paling menggambar ketidak cerdikan Pak Lah itu sendiri. Setelah dia mengatakan kekalahan BN dalam PR yang lepas adalah berpunca dari kelemahan dirinya sendiri, berarti dia sudah betul-betul terdesak.
Bekas Perdana Menteri berkata, proses tersebut perlu berjalan segera supaya peralihan yang telah dirancang berjalan lancar.
Katanya, beliau khuatir sekiranya peralihan kepimpinan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO, akan ada kumpulan perwakilan yang mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan di pentas perdebatan.
Jika itu berlaku, jelasnya, sudah tentu imej Abdullah akan tercalar dan sekali gus boleh membuatkan ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya berasa hilang hormat kepadanya.
''Mesej rakyat dan ahli UMNO sekarang ini cukup jelas. Mereka mahu Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) letak jawatan. Oleh itu, kita tidak mahu beliau turun secara paksaan dan antaranya, melalui desakan-desakan perwakilan ketika Perhimpunan Agung nanti.
''Lebih baik beliau menyerahkan jawatan itu kepada Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekarang dan itulah yang terbaik. Saya percaya selepas berlaku peralihan itu nanti, situasi akan menjadi bertambah baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12: Di mana Silapnya?' anjuran Gabungan Cawangan-cawangan UMNO Hulu Langat di kajang kelmarin.










